Wednesday, September 17, 2014

Janda Baik ke Bukit Tinggi

Assalamualaikum /hihi

Cuti penggal sekolah datang lagi. Maka dengan  itu mak ayah pun kena plan vacation untuk anak2 sekali lagi. Kali ni kita dok jauh dari ibu kota. Sunyi sepi aman dan damai. 

Anak: "Kita nak pegi mana ibu?"
Aku: "Tanya babah"

Anak: "Kita nak pegi mana bah?"
Laki aku: "Ikut je"

hahaha...lagi senang jawapan laki aku. Dah budak2 terpinga-pinga tak tau mak ayah diaorang nak bawak ke mana. Surprise le konon.


Hari 1

Selamat sampai di Janda Baik. Kami stay kat Cheringin Hills Hotel & Spa. 
Sejuk nyaman je environment kat situ. Maklumlah hutan keliling. 
Nasib baik takde kera monyet segala. Bertolak dari rumah waktu tgh. Checkin hotel dalam pukul 4.30 ptg. camtu sebabnya ada melawat kawan aku bersalin kat kg Janda Baik tu jugak.

 Sesampai je budak2 ni dah tak sabar nak terjun dalam pool tu. Aku temankan je walaupun takleh nak join disebabkan faktor tertentu...hahaha
Kalau tak mau kering air kolam tu kalau aku join sekali.

Lepas swimming lewat petang tu, bersiap untuk keluar dinner. Lepas solat maghrib terus cari kedai makan. Kalau dah dok kg, bab2 makan ni memang tak payah nak risau. Kedai makan berlambak.
Naseb baik dapat yang sedap. Bihun 'sup meletop' tajuk album dia...hahaha. Memang sedap. 


Hari 2

Hari kedua kita ke Bukit Tinggi. Taman Jepun ni aku dah lawat 5 tahun dulu kot. 
Adalah perubahan sikit2. Perubahan yang semakin elok.

Menonong je anak dara aku.

Paling lambat 2 lelaki ni tau. Semput ahkak dek daki tangga ni. 
Umur dah 3 series memang mencungap napas.

Eh...menghayati keindahan sangat ni...hahaha






Mak dara dan anak dara jepun. :)




Teringin beno nak begambar style Muradosmann. Paksa laki aku buat gini. 
Bole laaa...Muradazmann :)


 Restoran makanan jepun pun ada. Sape yang nak rasa makan bersuasana jepun silalah singgah.




 Letih mendaki berjalan, rehat makan ais krim.

Lepas lawat taman jepun tu turun pulak ke Colmar Tropicale.
Ala2 perkampungan di Perancis.
Cantek bangunannya.



Melayan budak2 ni main belon.


Present daripada abang hasil main kail itik. Dapat 2 ekor teddy bear kecik tu sebab 2 kali dapat itik bernombor. Sukalah si adek. Tq abang!















Abang yang gigih nakkan sangat present tu. So babahnya layankan.
Petang balik ke Janda Baik semula. Jalan2 petang kat kawasan kg tu sambil makan pisang goreng ngan cekodok pisang memang syok! 
Malam tu kitaorang tak ke mana. Dinner light2 je sebab siang dah makan banyak.
Laki aku je yang rajin bawak budak2 minum2 kat cafe hotel. 
Aku dah terbaring keletihan. Tak kuasa nak ngekor. 


Hari 3

Last day, checkout. Sempat lagi main belon dua beradik ni.
View yang sangat cantik.
Aku seriau je tengok si abang berdiri tepi tebing tu. 



 Ececeh...anak dara aku posing. Frozen girl. 

On the way nak balik singgah pulak kat kedai kopi ni. 
Kedai kopi ala2 resort. Macam kat Bali pulak rasa.
Makanan kat situ santai2 jelah. Minum2 sambil cuci mata dengan pemandangan hijau.




Lanskap yang unik dan ada style. 

 Suasana kat dalam kedai. Dipenuhi dengan barangan antik dan lama ratusan tahun dulu.
Terus teringat zaman kecik2 dulu arwah nenek aku simpan pinggan mangkuk lama dari China. 
Sama lebih kurang macam kat kedai ni.






































Unik...cantek...kagum sekejap. Lepas minum2 moh kita balik Melaka.
Percutian yang sangat santai aku rasa. Tak tekejar2 masa sangat. Light n easy.
Apa2 pun Janda Baik memang terbaeekkk!!

Nanti next cuti sekolah kita pegi jalan2 lagi ye!

Ok /bye

1 comment:

maisarah mohamad said...

Berapa harga hotel tu ye? selesa tak?