Tuesday, July 22, 2014

TUP..TUP..DAH NAK RAYA!

Assalamualaikum.../hihi

Tak terasa Ramadhan akan berakhir tak lama lagi. Tinggal beberapa hari lagi nak raya.
Aku bukan fikirkan sangat pasal raya2 ni. Tak sempat nak fikir pun.
Laju je masa tu beredar. Sedih sebab Ramadhan bulan yang mulia bakal meninggalkan kita. :(

Persiapan untuk anak2 je lebihnye pun. Aku takat baju kurung 2 pasang je :( sedih ai tau...
Persiapan rumah takde yang baru pun tahun ni. Pakai je langsir lama, karpet lama, sofa lama, balang kuih yang lama...Elok lagi nak tukar buat ape kan...Aku cuma beli runner meja je...
Jangan membazir ok. Amalan syaitan tu...hikhik...

Kemas rumah pun takdelah beriya sangat aku ni.
Sebabnya hari2 aku kemas rumah walaupun bukan hari nak raya.
Tau2 jelah perangai aku ni. Sukakan rumah yang sentiasa bersih.
Bukanlah nak kata aku ni pembersih sangat. Idakle gitu. Tapi aku memenag suke mengemas.
Dari anak dara kot aku memang macam tu.
Tapi satu benda yang aku kurang suke nak buat...adalah memasak...
Boleh memasak tapi taklah jadi feveret rutin...haa gitu...

Start dari awal puasa hari tu adelah 2 3 kali selang seli berbuka hari minggu di rumah mak and mak mertua.
2 kali je kot aku makan kat luar. Yang lain semua aku masak sendiri...haaa teror tak?
Motif cite masak sendiri? hahaha...sangat sesuatu kan...
Time bulan puasa nilah aku nak tunjuk skill memasak kat suami dan anak2.
Dorang tak tau aku google cari resepi lapanploh kali...hahaha
Takat nasi ayam, ayam madu, ikan siakap stim limau pun nak tengok resepi...bepeloh mak hencik menyiapkannya. Nasib baik jadi :)
Takpe yang penting usaha nak memasak. Sedap tak sedap belakang kira.

Persiapan untuk family sendiri aku rasa dah 80% siap. Cuma untuk mak ayah aku je belom settle.
Masa sangatlah suntuk. Malas betul nak keluar besopping lagi.
Hazab aku rasa sopping time nak dekat raya ni. Sesak nafas kat dalam sopping kompleks tu.
Takde ruang yang kosong. Semua penuh manusia. Dengan cuaca panas lagi. Huiii..sabojela..
In Sya Allah sempat. Akan ku gagahkan jugak untuk besopping lagi demi mak ayah tercinta...hahaha

Apa lagi...haaa...aku plan nak jahit manik kat lengan baju kurung aku tu.
Tengah gigih menggoogle kat utube cara2 dan kekdah nak menjahitnye tu.
Manik2 semua aku dah siap beli. Tinggal proses nak jahit je.
Aku takut jadi lain lak kang baju aku tu. Seram gak ni...hahaha
Ape2 pun doakan aku berjaya merealisasikan manik2 tu menjadi yang sepatutnya ye...
Resultnya nanti aku blogkan kemudian.

Sekian saja.../bye

No comments: