Tuesday, February 25, 2014

SAYANG BANGAT SAMA KALIAN

Assalamualaikum... /hihi

Macam seram je tajuk entry. 
Tak seram mana pun. 
Takat cite pasal kebahagaiaan 'comolot' bersama suami tercinta...aummmm...hahaha
Korang mesti bayangkan yang bukan2 kan? Takmo2...tak baik tau.


2014 merupakan tahun ke 10 perkahwinan kami. 
Diam tak diam dah 10 tahun ai kawin dengan yu tau bah...sayang ai lagi tak?...hahaha
Kalau betul2 aku cakap cam tu dekat laki aku, mesti dia syak aku makan pil telebih.
Eh macam entry anniversary pulak ni athuiinyerr...hahaha
Takpe ai suke je tulis pasal laki bini ni. 
Takdelah...bukan cite ape pun. Takdenye yang sensored2. 
Sesuai untuk tontonan umum katenye.


Sepanjang kenal suami aku rasa akulah yang paling tak sabar. 
Paling cepat naik angin, aku. 
Paling kuat mengamuk, aku jugak.
Paling cepat melenting, puuun aku.
Pendek kata aku jelah yang beperangai buruk itu...


Okletu...
Sebab suami aku jenis yang tak cepat marah.
Kalau dia marah dia akan cepat cool.
Tak macam aku, hari ni kalau aku naik angin ko tunggulah sambungannya esok dan lusa.
Susah betul nak cool. Aku jenis susah nak memaafkan.
Sampaikan anak2 aku gelarkan mak dia ni "singa betina".
Sungguh biadab...hahaha
Padan muka sape suruh garang beno. Anak pun tak suka.


Sememangnya Allah itu telah menetapkan pasangan setiap manusia itu dengan tepat.
Saling melengkapi di antara satu sama lain.
Saling menutupi kelemahan yang ada dalam diri memasing.
Bagi 'balance'lah orang kata.
Peribadi suami mencerminkan peribadi isteri juga.
Dan begitulah sebaliknya.


Kesimpulannya...
Aku amat bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak2 yang cukup sempurna di mataku.
Walupun hari2 bertekak dengan anak2, tapi itulah yang menguatkan lagi ikatan kami anak beranak.


Aku amat mengasihi kamu wahai suamiku.
Dan ibu amat menyayangi kamu wahai anak2ku.
Sehingga akhir hayat.


Haaa..touching sangatlah tu.
Feeling2 calon tokoh ibu mithali 2014...hahaha


 Suami den nak tegojon tingkap!



























Kawan gaduh n betekak!


Ok... /bye

Wednesday, February 19, 2014

JADUAL WAKTU SEORANG ISTERI

Assalamualaikum... /hihi









Ok gambar tuan belog tiada kena mengena dengan tajuk ye! Baca tajuk pun memang dah tau aku nak cite pasal ape. Penat segala macam. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tak larat nak cerita sebenarnya. Tapi saja nak meluahkan rasa hati. At least kurang sikit stress aku. Walaupun cakap sorang2. :(

Bangun awal pagi menyiapkan keperluan anak2 untuk ke sekolah. Semua ibu akan melakukan perkara yang sama pada setiap pagi iaitu menyediakan sarapan. Walaupun tak berat, tapi mesti ada. Anak2 aku memang bawak bekal ke sekolah setiap hari. Iron baju sekolah pagi2. Aku ni memang akan iron baju sekolah waktu pagi. Takdenye nak iron malam2. Lepas isyak je mate aku ni memang automatik mengkuyu je. Tak boleh nak ditongkat2 dah. Jadi baju sekolah harus digosok esok pagi ye anak2!

Lepas anak2 dah ke sekolah, aku le pulak sibuk nak bersiap pegi keje. Sesiapkan baju suami dan sarapan dia. Lepas tu baru gerak pegi keje. Mithali tak saya? Eh lom habis cite lagi so tak nampak ke'mithali'annya lagi. Dah habis kang baru ko tau aku ni mithali ke mitahi...hahaha

Kat tempat keje buat rutin keje setiap hari. Benda yang sama diulang2 untuk yang ke berapa kali aku pun dah tak larat nak kira. Dah nama pun keje kan, mestilah benda yang sama ko ngadap hari2 tu. Demi keluarga terutama anak2 aku gagahkan juga mencari rezeki dan niat membantu suami mencari rezeki tu kan besar pahalanya. So Redha!

Tengah hari, aku keluar rehat kol 1.30 sebab sekali harung ambik anak aku, si adek. Dia sekolah cina so jadual waktu sekolah tak sama ngan abangnya di sekolah biasa. Si abang biasanya suami yang ambik. Sampai2 je rumah, siapkan makan untuk diaorang samada beli or aku masak tak kesah. Janji makan. Lepas makan, siap untuk ke sekolah petang pulak. Lagi sekali aku terpaksa meng'iron' baju di situ ye. 

Anak ke sekolah petang, aku masuk keje balik. Masuk keje di petang hari adalah amat menyeksakan. Alangkah bahagianya dapat baring2 sekejap..hoii sorga betul begoling2 atas katil sambil on kan ekon! Sampai opis sambung keje semula sampailah tamat masa keje kol 5. Hazab gak nak tunggu jarum jam tu sampai kol 5. 

Sampai rumah aku takde nak dok rehat2 depan tv ke, baring2 ke, itu semua ku tolak tepi ye sebab ade lagi keje rumah yang menanti. Masuk kain baju dalam mesin sambil tu aku vakum lantai, kalau sempat mop sekali. Haaa...tak ke bepino mate nak settlekan keje sebelum maghrib. Lepas tu siapkan makan malam pulak. Lepas sembahyang maghrib ajar anak ngaji, hafal ayat2 sembahyang segala yang patut.

Lepas makan malam, sidai baju yang dah siap basuh tadi. Adelah dalam sebakul besar penuh tu. Tak banyak pun! Ade hati pulak nak siram pokok bunga lepas tu. Aku sempatkan jugak. Sian pokok bunga aku kering musim panas2 ni. Lecur daun2nya. Ade lagi lepas tu....cucurkan air kat lantai beranda depan rumah pulak. Habuk siang tadi bedebu je lantai depan tu. Tak bekenan mate aku memandangnye. 

Last sekali bab lipat melipat. Aku memang bencinta betul nak lipat2 baju ni. Leceh le. Kalau ade mesin lipat kain tu aku le orang pertama yang oder. Asal lipat baju mate aku mesti nak tetutup. Madang je mengantuk. Sampai tetangkup dalam kain baju tu mentido. Melainkan lipat baju  sambil tengok drama korea. Haaa...sampai drama tu habis pun aku tak gak habis2 lipat kain. Memang dasar betul le ko ni!

Kol 10 malam memang aku dah halaukan anak2 masuk tido. Diaorang memang aku suh tido awal, kalau tak esok nak kejut diaorang kena ketuk periuk belanga baru nak bangun. Cek keje sekolah anak2 dah siap ke belum, alat tulis dah sedia ke, lengkap ke tidak, susun buku sekolah ikut jadual, dah siap baru tido semua. 

Haaa..panjangkan jadual aku hari2. Tu tak cite lagi jadual waktu masa hari cuti. Lagi berjela ngan aktiviti anak2. Saje nak kongsi cerita rutin harian aku. Maybe ade lagi surirumah dan dalam masa sama bekerja yang lagi super duper sibuknya dari aku. Tapi  aku memang tabik spring kat wanita2 yang sanggup dan tabah melakukan keje 'hakiki' dan 'sambilan' dalam satu masa.  Kegagahan dan ketabahan seorang wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu memang tak dapat ditandingi. Hanya Allah yang maha mengetahui keperitannya dan hanya Allah jugalah yang layak memberi ganjaran kepadanya. 

Sekian. /bye