Wednesday, August 21, 2013

HARI RAYA HARI KE 14

Assalamualaikum /hihi

Selamat hari raya semua! Walaupun hari ni dah masuk hari ke 14 Syawal, tetapi aku  tetap gak nak wish selamat hari raya kat korang. *ade ke yang baca blog ko?* hahaha...#sentap

Tema raya tahun ni adalah hijau. Hijau jenis ape pun aku tak tau ape kenamanya. Belasah je. Kitaorang memang kg dekat2 je ngan rumah. Sebelah kiri kg mak mertua sebelah kanan kg mak aku. Senangkan takyah gaduh baling periuk belanga sebab berebut nak balik kg siapa.

Pagi raya first2 pegi umah mak mentua dulu. Lepas sembahyang raya, salam2 raya peluk cium, sarapan ketupat terus pegi umah mak aku yang jauhnya sekangkang kera gak. Dah sampai kat pagar luar rumah baru teringat aku lom salam laki aku. Ampunnn ye bang. Kat pagar tu jugak aku salam mintak ampun bagai. hahaha...

 Pagi raya di rumah mertua. Nampak tak laki aku kat cermin tu tengah ambik gambar kitaorang.


 Ni pulak kat rumah mak aku. Ambik gambar ngan adek beradik je sebab mak ayah pegi sembahyang raya tak balik2. So anak2 dia bosan nunggu lelama. Bila diaorang balik kitaorang dah malas nak begambar. Yelah mood ngantuk kot sebab malam raya tu aku tidur lambat. Ade je keje yang tak habis2 kat rumah tu. Lepas tolong mak masak2 petang raya, balik lak rumah mentua malamnya nunggu orang datang takbir kat rumah. Kol 12 mlm baru balik rumah aku. Mandi and sesiapkan anak2 aku, sediakan duit raya, iron baju, kemas sesikit baru aku tido. Pagi lak kena bangun awal. Mane tak longlai je pagi raya tu. Tidur tak cukup. Maklumlah mak2 memang cam tu. Sok2 korang dah kawin ade anak pun same gak cam aku nanti. *panjang lak ceritanya* aduiiaii...baju aku dah same kaler ngan dinding..acaner tu? :))




 Seterusnya pegi rumah nenek ngan saudara mara belah laki aku je. 






Ni dah raya ke tiga. Masih lagi mood nak bertandang rumah makpak sedara. Tu pun yang wajib je lekan. Yang mane kitaorang datang tapi diaorang takde kat rumah, kira forward raya tahun depan jelah ye.
Ampun maaf dipinta...maaf zahir dan batins...ahaks... 

/bye