Wednesday, July 24, 2013

SATAY CELUP & GRILL BUFFET @ CHUCUK-CHUCUK RESTAURANT

Assalamualaikum /hihi

Hai semua. Wahh...bajet cam ramai je baca blog ko kan. Padahal takde sape pun bace :( Hmmphh buang bogheh je. Takpe ai suke je syok sendiri tulis2 and bace2 blog sendiri. :) 
Ok aku bukan nak cerita pasal blog aku ni tapi pasal berbuka semalam di Chucuk-Chucuk Rastaurant di Taman Kota Shahbandar, Melaka.

Sesekali makan hidangan bergrill best gak. Nak2 time bulan puasa ni banyaklah selera yang nak dipenuhi. Dari tekak bapak, mak dan seterusnya anak2. Jadi untuk kelainan, aku sekeluarga ke Chucuk-Chucuk Restaurant berbuka puasa di sana.


Ruang makan yang selesa, bersih dan sedap mata memandang. Kalau tak cukup tempat duduk boleh dok besidai kat tingkat atas tu hah. Mane tau nak bawak makan sebatalion family kan...

 Deretan menu satey cucuk2 ngan grill yang pelbagai...mamamiahh...kecur ailiur aku bila tengok gambar ni.

Daging kambing panggang yang super duper sedap. Aku tak tifu ok. Memang sedaaapppp...toloooonggggg..




Desert...siap ade ABC buat sendiri. Ko buatlah ikut citarasa sendiri. Sesuailah dengan temanya pun...self service kan...


Si abang excited nak merebus menggrill bagai. Ape yang ade sume dia nak bubuh kat dalam periuk tu. Sayur pun nak digrillnye...suke ati kolah nak.

 Habis je makan diaorang ni tak sabar nak kerjakan aiskrim tu. Aiskrim cedok sendiri hokeyy...mau tak ilang akal anak2 aku tu dibuatnya. Tapi perut memasing dah kenyang, so rasa sikit jelah jangan tidak.

Memang tak rugi berbuka puasa kat sini. Harga pun ok berpatutan. Chucuk-Chucuk ade buat promosi gak sempene bulan Ramadhan ni. Untuk maklumat lanjut klik je link kat bawah ni...


Ok /bye

Tuesday, July 16, 2013

SIAKAP STIM POSTPONE!

Assalamualaikum /hihi

Dah puasa ke 7 baru ko muncul entry baru yek! hahaha...dasar si pemalas yang bernama farah beginilah gayenye. Maklumle kan banyak kojelah weh...dari celik mata bersahur sampaile ke malam baru mate ni tetutup balik tido. Lepas tu ulang lagi rutin yang same keesokan harinye. Ai kan super duper woman. 

Semalam petang suami watsap aku siap request nak berbuka ikan siakap stim. Alamak! camano ni? Bukan tak reti tapi ikan siakap mane ade kat dalam ais box aku tu. Mane ade stok. Takkan nak cakap tak boleh. Sian laki den nak makan ikan siakap ye...kang kempunan ade yang lari dalam hutan cari batu belah batu betangkup. "Telanlah aku...makanlah aku...aku kempunan ikan siakap stim" hahaha...

Maka dengan rase penuh kecintaan dan kasih sayang...hamboii kecintaanlah sangat kan...kol 5 lebih balik keje aku rushing ke family store dok cari ikan siakap. Kalau dari rumah aku tu family store je pun supermaket yang paling dekat. Cari punye cari...dapat...seb baik ade. Ambik mushroom dengan salari. Tengok jam dah kol 5.40. Nak ambik si abang pulak balik sekolah agama. Sempat ke tidak ikan aku ni berstim. Cuak dah. Dahle ikan tu tak siang lagi. 2 ekor lak tu aku beli. Yelah takut tak cukup sebab ikan tu saiz sederhana je pun. Sesuailah untuk makan 4 beranak.

On d way ambik si abang balik sekolah agama, suami kate jomlah kita makan mcd. Macam tak sempat masak je ikan awak tu.  Hok aloh...penat je aku rushing2 tadi last2 dia kate makan mcd. Ikan tu boleh postpone masak esok. Hmmmm...ok patik yang menurut perintah tuanku. Ikut jelah.


































Make berbuka mcd 'stim' lah aku anak beranak. Takpe esok masih ade.

Ok /bye