Tuesday, May 28, 2013

ADA APA DENGAN CANTEK?

Assalamualaikum /hihi

Uishh...tajuk entry bajet macam jelita sangatlah kan...hahaha 
Saje nak cite pasal kecantikan diri sendiri walaupun tak berapa nak cantek tapi laki aii je yang tau cantek ke tak? *ohsangatsesuatu*

Just nak share ape produk yang aku pakai untuk kulit muke dan kesihatan. 
Mane tau boleh jadi panduan kepada mereka yang tercari2 produk untuk muke kan.
Walaupun muke aku ni taklah gebus or glowing macam si adira tu tapi aku suke je muke aku yang sekarang ni.
At least takdelah jerawat nak singgah bertepek.
Ok lets start babe :)

Dah lama dah aku buat research pasal produk2 ni tapi aku start pakai awal bulan Mac 2013.
Yelah...nak yang terbaik kenalah buat research kan. 
Cari info baik dan buruknya sesuatu produk lepas tu dah puas hati baru guna.

Cuci muka dengan ini...


Lepas tu toner dengan ini...


Bedak muka dengan ini...
Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder in 'Cream Peach' (01)


Kesihatan dari dalam dengan ini...
                   


dan ini...

























Haaa...itu aje.
Simple sangatlah produk yang aku gune.
Dan tak susah pun nak cari. Takyah nak oder dari obersea kat mesia ni belambak. Murah plak tu.
Tapi resultnye amatlah hebat...aku suke sangat.
Tak caye...cubalah...

Thanks for reading /bye

Friday, May 24, 2013

CUTI DAN BIRTHDAY

Assalamualaikum /hihi

Cuti salah, tak cuti pun salah kan.
Hari ni cuti am bersempena hari wesak. Bagi sesiapa yang menyambutnya, selamat berwesak.
Uppss...apa makna wesak tu pun aku tak berapa nak tahu. Nanti ai google ek.

Ok bukan nak cite pasal wesakday tapi cuti lelama ni aku jadi blur nak buat ape kat umah.
Keje tu ade belambak tapi malas nak buat. 
Nak update entry ni lagilah dua tiga poloh kali aku malas.
Dengan laptop ni yang dah mula buat perangai. Lembab.
Nak soh tukar ipad le tuh... *matajeling2katlaki*

Makanya dengan kemalasan yang di tahap maksima aku buat keje umah light2 je. 
Masak pun yang ala2 kadar je. Janji boleh makan and kenyang sudah.
Anak2 and laki aku tak cerewet pun pasal makan. Bedal je. 
Nasib koranglah dapat mak and bini cam aku. pfftt...

Hari ni jugak kebetulan birthday adek aku yang no tiga, si Ida yang ke......*takingatle* 
Yang ke 25 kot...hahaha. Belasah je. Tak kesahlah. 
Nasib baik aku ingat tarikh lahir kalau tak lagi kesian ko kan.
Happy birthday mokde. Moga sihat and happy selalu. 
Semoga setiap ape yang dilakukan dirahmati dan diberkati oleh Allah. Amiinn. 
Nanti kita celebrate same2 ye. Kitaorang memang biasa celebrate belated birthday ni. 
Tak sempat nak sambut on time. Takpe janji ade. Alah makan2 je pun.


Adek aku Ida yang pakai tudung biru tu. Comei...comei...? *bolehlaaa* hahaha...
Dalam adek beradik kami yang perempuan dialah yang paling sihat and tinggi tumbesarannya ye. 
Berbanding dengan kakak2nye yang comel dan rendang2 belaka. *ohtidakterimalahhakikat*
Kami ade sorang je adek lelaki Naim namanya atau 'Ashu Kecik' gelaran anak2 aku kat dia.
Tulah buah hati kesayangan mak aku. Maklumle anak jantan sorang.
Cuba kalau 3 4 orang tak berapa kesayanganlah ko jawabnye.

Hui dah mereban dah aku ni dok cite pasal salah silah keluarga pulak.
Dahlah hai...nak lipat kain baju pulak. 

Thanks for reading /bye

Wednesday, May 22, 2013

MAAF YE...

Assalamualaikum /hihi

Meh sini aku nak cite skit.
Kan hari tu aku ade cite pasal kucings yang banyak giler berkeliaran kat kawasan rumah aku.
Aku ingat entry tu takde orang bace...hahaha
Tapi adelah dua tiga orang daripada pembaca yang beri komen. 
Terima kasih sangat-sangatlah sebab sudi 'mengomen' entry saya tu yek.
Katenye aku ni zalimlah, tak sayang binatanglah, and whatsoever...

Yang sebenonye kalau dibaca dan dikaji balik entry tu aku ni takdelah sampai mendera or membunuh binatang tu pun. Ade salah faham di situ ye...maybe ayat aku je yang bunyi macam 'ganasss' kot.
Aku cuma menghalau kucing tu dari berkeliaran dan tidur melepak kat rumah aku...tu je. 
Tak sangka tindakan aku tu ade pulak yang sentap. 
Tak kuaselah mak hencik nak layan sesentap bagai ni...
Tak payah nak emosi sangat eh adek-adek, kakak-kakak and abang-abang sekelian.

Meh aku cite skit...
Bulan lepas aku terjumpa sekor kucing baru mati. 
Kotlah baru mati sebab pagi takde petang dah ade kat situ. Tanjat gegirl tau.
Yang pastinya BUKAN AKU yang kejam pi bunuh or dera binatang tu sampai mati heh...
Korang jangan pandai-pandai pegi buat repot polis lak kang. 
Aku pun ade perasaanlah weii...
Aku tak tau dia mati kenapa. Tau-tau dah telepek keras kaku je kat situ.
Walaupun aku tak suke kucing tapi aku bukan pembunuh kucing tau. Waras lagi aku ni.

Tau dia mati kat mane? 
Kat bawah kerusi rehat kat kaki lima rumah aku. 
Kalau aku ni jahat dah lama aku lempor dalam sungai or dalam semak memane bangkai tu. 
Tapi dengan rasa perikemanusiaan, aku ngan suami pegi gali lubang kat sebelah rumah aku tu pi tanamkan bangkai tu. Menggali 'kubur' waktu nak senja lak tu. Kau mampu? Jahat ke aku?
Kesiankan binatang time dia dah mati...okle tuh!

Aku tak tahu tuan dia siapa, tapi atas dasar sedikit belas kasihan yang masih ade dalam diri aku ni aku kuatkan hati jugak mengangkat bangkai tu walau aku geli geleman weii... Tuhan aje yang tahu.
Kucing hidup pun aku tak penah nak pegang angkat gitu inikan pulak bangkai...bangkai hokey!

Hmmm...pada yang pecinta kucing tu takyah perbesar cerita.
Saya mohon maaf secara terbuka jelah ye. Nak buat press conference tak mampu.
Ade ke wartawan yang nak datang...mehmehmeh
Saya tak pernah mendera or mencederakan binatang apapun ye... 
Percayalah...saya cuma halau biar dia lari jauh-jauh. Tu je...
Maklumlah pencinta haiwan ni jiwanya lembut. Mudah tersentuh kan...katenyeeeerr

Terus-terang aku memang tak suke binatang. Memang dari kecik aku beperangai macam ni.
Takleh nak didik lagi dah hati ni supaya membelai-belai binatang. Dah terlambat. 
Macam rancangan fear factor tau.

Ok...itu je.
Harap pembaca yang 'mengomen' tu puas hatilah dengan explaination saya ni.

Jangan serik baca blog saya.

Thanks for reading.../bye