Wednesday, February 27, 2013

Psiko anak

Assalamualaikum.../hihi

Sedang enak menjamu selera dengan kicap JALEN...:)) tiba-tiba selera aku jadi terbantut tatkala anak-anak bertekak mulut di depan rezeki. (haaa..ayat puitis gitu)

Puitis tak puitis, telinga aku ni berasap je dengar diaorang bertekak.
Kan aku dah buat "AKU JANJI" taknak marah anak-anak lagi kan. Sooooo...kita guna psiko!!

Aku lambakkan cili api kat depan diaorang masa tengah makan. Haaaaaa...ko gaduh sekarang!!

Semua laju je makan sampai habis tanpa sepatah detik bunyi pun...puassss ati aku...(mak macam gini pun ade)


ok /bye

Tuesday, February 26, 2013

Roti canai selimut

Assalamualaikum.../hihi

Ape ke ghopernye roti canai selimut tu yek?
Sedap ke idak?
Kat mane nak dapat?

Haa..ni diaaaa...
Roti canai selimut siappp!!
Roti canai biasa dibalut denga telur dimana didalamnya ada cheese, mayonis dan sos.

 Rasa dia oklaaa...not bad.
Kalau nak rasa mehle ke ayer keroh, melaka...

 Ini le roti selimut yang dah selamat masuk ke dalam perut aku tadi...=P~


Cam biasa...sebelum makan mesti gedik dulu :))


Lepas makan layan psp...(bukan gheti pun main) 


Dan lagi gambau bajet retiss...kuikuikui

 Dua budak tembam...


























Last sekali my lil princess...Liya

Dah...jom balik
Mak ko nak masak makan tgh hari pulok...

/bye


Wednesday, February 20, 2013

Tips lembutkan hati anak

Assalamualaikum.../hihi

Mampukah aku? mampu apakah kau ni.../blur 
Takut pun ade nak cite apakah ia?

Takdelah, ni ha pasal anak sulung aku si abang tu. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai dia. Hari-hari aku dok berleterkan dia, macam curah air kat atas jalan yang baru ditar. Tak lut langsung.

Aku sebagai seorang ibu buntu sebenarnya memikirkan ape yang sepatutnya aku lakukan. Ape yang baik? ape yang patut? ape kena buat? ape petua? tips ke? Tolonglah...

Sejujurnya, aku mesti ada rasa nak menangis, bersalah, sedih time lepas marah-marah si abang. Panass hati aku. Tapi aku tahan je. Mane tak marahnye kalau aku cakap dia buat dek je. Terhegeh-hegeh pakai baju sekolah, termenung sana termenung sini. Duduk dalam bilik air lelama, main-main sabun, syampu, sampaikan nila baju aku pun jadi bahan mainan dia...Sakit pulak hati kite niii!! 

Tiap kali nak marah aku cuba pujuk hati supaya berlembut. Keep calm and cool. Kembang kempis kembang kempis hidung aku menahan marah. Sabau je mak ko ni tau bang! pffttt...

Aku taulah aku ni bukan seorang ibu yang baik dan tapi kalau aku ni tak baik dah lama aku picit-picit ko bang tau tak. Sabo-sabo...

Usaha tetap usaha, doa tetap doa...mak mane yang tak sayangkan anaknye? 
Anak je yang tak kesiankan maknye ni ha yang dok meroyan hari-hari nengokkan perangai anak. Pitam aku... 

Senakal mane, seburuk  mane pun perangai, abang tetap anak ibu dunia akhirat.../please
Ibu marah bersebab. Hilang hakal ke ibu ko ni nak marah tetiba. Kalau aku ni sakit mental lainlah kan nak marah tak tentu pasal. 

Dengan sedaya kudrat yang ada ni aku cuba usaha cari jalan macamane nak atasi karenah anak-anak ni. Kepayahan membesarkan dan mendidik anak-anak tu mungkin akan menjadi mudah sikit kalau ada garis panduan yang boleh dijadikan guideline. 

Contohnya dengan cara mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah. Kita hanya mampu merancang, selebihnya Tuhan yang menentukan. 


*sumber maklumat: www.excelqhalif.com

Banyak-banyak sumber yang aku google dari intenet, ade satu petua yang amat menarik perhatian dan pastinya akan aku cuba. Demi merubah sikap anak yang negatif kepada positif aku sanggup lakukan ape saje.

Salah satu caranya adalah dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" setiap kali anak melakukan perbuatan yang kita tidak sukai. Anak tidak mendengar kata, "tak makan saman" dan melawan lagi afdhal kalau kita amalkan ni. InsyaAllah...

"Kawan saya berkongsi tips untuk mengubah perangai anak yang nakal kepada lebih baik. Ianya dari pengalaman ibu saudaranya yang mempunyai anak yang ramai, dan kesemua anaknya merupakan anak-anak yang soleh – baik pekertinya, dan baik pencapaiannya. Orang kata, semua anaknya menjadi. Anak-anaknya ketika kecil dulu nakal juga (anak kecil mana yang tak lasak kalau dah sihatkan?).
Kata makcik, tiap kali anaknya buat sesuatu yang menyirapkan darah, dia akan ucap “Alhamdulillah”. Tak ada marah-marah, tengking dan herdik mengata yang bukan-bukan pada anaknya. Setiap kata ibu itu kan doa? Sebagai ibu, kawan saya agak skeptikal dengan pendekatan seperti ini. “Eiii, takkan la anak dah nakal pun tak tegur, tak pukul? Takkan nak biar je anak terus buat salah?”. Itu yang terdetik di hatinya. Namun, kebelakangan ini, dia mencuba taktik yang sama. Tiap kali anaknya buat suatu kesalahan, dia menahan diri dari marah, sambil mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perubahan ketara pada sikap anaknya. Sikapnya lebih baik, lebih tenang ibu yang melihatnya.Pada tiap kali dia mengucapkan Alhamdulillah, si anak akan bertanya, “Kenapa mama ucap Alhamdulillah?”. Dia hairan sendiri kerana dia tahu Alhamdulillah adalah kalimah kesyukuran. Takkan mama bersyukur bila dia buat salah? Takkan mama tidak memarahinya sebaliknya bersyukur pula? Ya, inilah masanya untuk menegur anak! Apabila anak itu tahu dia salah, patut ditegur, dia akan terima teguran dengan hati terbuka tanpa terluka dengan perkataan negatif. Jadi, peranan mama pula nak positifkan setiap perlakuan anak. “Mama syukur sebab anak mama tak buat lebih teruk dari itu. Anak mama kan anak yang baik. Dengar kata. Lagipun, kalau buat macam tu, anak mama pun tahu ianya salah. Allah tak suka, mama tak suka, papa tak suka. Tapi tadi tak sengajakan? Jadi mama maafkan..." (petikan dari fendiihsan)

Selain dari itu, banyak doa-doa yang baik untuk anak boleh ibu bapa amalkan. Aku je yang malas nak cari. Tapi aku dah dapat ni...

APABILA ANAK SEDANG TIDUR, BACALAH AYAT-AYAT BERIKUT DAN TIUPKAN KE UBUN-UBUN ANAK:

1) BERNIAT DAHULU, BACA SURAH AL-FATIHAH (SEKALI)

2) BACA AYAT KURSI (SEKALI)

3) SELAWAT SYIFA (7 KALI)












Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”



4) AYAT KE 200 SURAH ALI-IMRAN (7 KALI)


Terjemahan:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Kita sama-sama berusaha dan berdoa untuk peroleh kebaikan dan kesejahteraan anak-anak di dunia juga di akhirat. Amin!

/bye 


Monday, February 11, 2013

Lamanya cuti

/hihi Assalamualaikum :)

Dah lama beno rasenye cuti raya cina kali ni. Bosan lak dok umah lelame. Tak gi mane-mane pun aku. Paling jauh pun aku bawak anak-anak ke AEON. Itupun My Lucky ajak makan yong taufu kering kat food court. Macam kena mandrem dek makcik yang jual yong taufu tu. Punyelah sedap ya ampunn!! (telan liur) sampai tak sempat nak snap gambar rupe yong taufu tu. Dah habis makan baru teringat nak snap. (dasar pelahap kuat makan) 

Lepas perut dah kenyang kitaorang singgah rumah MIL aku nun jauh sekangkang kera dari rumah aku tu. Saje isi masa terluang. Anak-anak aku pun suke lepak kat rumah mami (panggilan nenek diaorang) dan atuknye. Biras and ipar duai sume balik kampung. Maklumlah cuti panjang. 
Aku je yang takde kampung. Kat sini tempat aku lahir, kat sini gaklah kampung aku. My Lucky pun same asal orang Melaka. Pure...


























2 ekor kawan baru anak-anak aku. Atuknye yang present kat diaorang. Kalau ikut aku, takdenye nak layan bela-bela binatang bagai. Tak kuase akulah  hei...kerja aku banyak tak terbuat nikan pulak nak suruh aku bela binatang. 
Mati kebulur le jawabnye rabbit tu. 

Suke bebenor diaorang dapat belai-belai rabbit ni. Aku kan tak bagi diaorang usap-usap binatang. Takut bulunya terbang lepas tu melekat-lekat kat baju. 
Dah atuk bagi green light, sebok memasing mengendong rabbit. Sabo je maknye nengok...

Si Mira (anak buah My Lucky) memang suke sangat ngan binatang. Terutama rabbit ngan cat. Sampai dia boleh tiru gaya kucing menjilat kaki, merangkak sambil mengiau...memang obses. 
Saje je dia menjinjing telinga rabbit tu bawak ke hulu ke hilir pantang lepa je rabbit tu nak lepas lari, dia kejar sampai dapat.

Dah bosan layan pet, ini 2 orang budak nakal main kat parit pulak. 
Dah macam orang singapore yang balik kampung setahun sekali tu. Menjakun tengok parit. Padahal selalu je ke rumah mami ngan atuknye ni. 
Tapi at least takle diaorang bosan dok rumah memanjang kan. Ade gak aktiviti kampung-kampung pun. 

Hari dah semakin gelap. Makanya aku pun beransur pulang (ayat skema). Si Abang nak tidur rumah mami. Aku, My Lucky ngan Si Adek jelah yang balik. Cuti raya cina kan ade lagi sehari. Tu yang Si Abang nak tidur situ. 

Esok cuti lagi, ape nak buat ek?

/bye


Sunday, February 10, 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013

Assalamualaikum


Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan2ku yang beragama Buddha, Jenny, Sally, Shu Ern, Siew Ting, dan ramai lagi. Semoga tahun baru 2013 ini akan lebih bermakna. Teruskan usaha agar lebih berjaya..hoiiyeeyy!

Kepada saudara-mara di sebelah my FIL, Uncle and Aunty William dan anaknya Sunny Boy, Irene dan Kenny, Aunty Susan and family, Aunty Esther and family, Uncle Charlie and family, Aunty Helen and family, Selamat Tahun Baru Cina juga. Semoga kalian akan lebih success. Kaya dan kaya dan kaya dan terus kaya. >_<