Monday, December 16, 2013

NAK KE MANA?



Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah lama start...dah nak habis dah pun...tapi aku sefamily belum decide nak bawak anak2 cuti ke mana pun. Boleh cam tu? Cuti sekolah dah separuh jalan tapi tak gak bejalannye anak2 aku tu. Sian diaorang. Selalulah tanyakan babahnye bila nak pegi becuti. Babahnye buat dekk je bila anak2 tanye. Sabau ye wahai anak2ku. Babah korang tengah berusaha nak penuhkan poket dulu. Habih korang ingat pegi becuti bayar hotel, makan minum, duit minyak tol boleh pakai daun jeke? Haruslah pakai duit nak oii...

Hamboiii...anak2 sekarang ni mane same ngan zaman aku dulu. Asal cuti sekolah je dah plan dalam kepala diorang ni nak pegi becuti mane. Siap bagi list kat mak ayah tempat2 yang diaorang target nak pegi...kemain lagi. Kembang kempis kembang kempis mak ayah cari duit sebab nak penuhi permintaan anak2. Yelah walau becuti dalam malaysia je pun mesti nak beduit gak kann...apatah lagi obersea...memang ahkak tak mampu le...hahaha...

Zaman aku dulu takdenye nak request2 mak ayah pegi becuti ni. Dok je ko kat umah adek beradik kat rumah mengadap tv layan cite katun sampai nak muntah sepanjang cuti sekolah tu. Sebab aku tahu condition mak ayah aku macamane waktu tu. Susah. (ke buat2 susah) hahaha... Ko ceritalah pegi becuti kat hujung dunia ke, benua eropah ke, ade aku kesah...melopong jelah mulut tu dengau kawan2 cerita pengalaman becuti negara orang...sian aku tau...Sedih! Paling jauh tempat aku penah pegi mase sekolah dulu Cameron Highlands. Naik bas rombongan sekolah. Waktu tu aku darjah 6. Pakai duit sendiri tau bayar tambang. Bukan mak aku tak bagi duit tapi aku yang nak guna duit sendiri. Aku kumpul 30 sen sehari...lelama dapat pegi Cameron Hinglands...haaa ko mampu? hahaha...

Anak2 sekarang tak sama macam dulu. Ape nak list down je. Ape yang mak ayah pikirkan boleh and sesuai akan ditunaikan. Tu sume sebagai reward untuk diaorang penat 11 bulan bangun pagi2 pegi sekolah lepas tu sambung ke sekolah petang pulak. Kalau kita di tempat diaorang rasenye tak sanggup petang2 tu pegi sekolah lagi. Nak melepek tido je kan...so apelah salahnye setiap cuti sekolah bawa diaorang pegi becuti.

Nak pegi mane tak tahu lagi. Tapi yang pasti suamiku itu suke ke tempat yang tak panas. Bercuaca dingin dan sejuk. Feeling2 cam kat korea katenye...pffttt. Lagi aku tak boleh blah kalau dia feeling2 macam Lee Min Ho pakai winter jacket, dengan skaf kat leher, rambut ala2 kpop, kasut sneakers converse...puiii...muntah darah aku...pitam terus.

Aku pun memang jenis suke bejalan. Pantang je laki ajak ke mane2 cepat je aku keluarkan beg packing kain baju...haha...tegak je telinga ko kan bila dengar nak bejalan... :)) Makan angin...gile tak suke? Pantang dilawa...laju je...

Aku suke pegi tempat2 yang tak sibuk. Rilek2 lepak sambil minum teh dan makan blueberry cheese kek...hahaha...ko dah kenape? Takat nak minum teh lepas tu makan cheese kek, kat secret recipe pun bolehle der...eh...lantaklah. Suke ati akulah nak makan ape kan...yang penting tempat tu tak ramai orang sangat. Kang takde orang langsung kate baek aku becuti dalam hutan je...hahaha...

Ape2 jelah...yang penting anak2 happy, aku n suami pun happy. :)

So...kepada korang yang akan atau tengah becuti selamat beristirehat and bergembira.
Jaga diri...bye.

Wednesday, August 21, 2013

HARI RAYA HARI KE 14

Assalamualaikum /hihi

Selamat hari raya semua! Walaupun hari ni dah masuk hari ke 14 Syawal, tetapi aku  tetap gak nak wish selamat hari raya kat korang. *ade ke yang baca blog ko?* hahaha...#sentap

Tema raya tahun ni adalah hijau. Hijau jenis ape pun aku tak tau ape kenamanya. Belasah je. Kitaorang memang kg dekat2 je ngan rumah. Sebelah kiri kg mak mertua sebelah kanan kg mak aku. Senangkan takyah gaduh baling periuk belanga sebab berebut nak balik kg siapa.

Pagi raya first2 pegi umah mak mentua dulu. Lepas sembahyang raya, salam2 raya peluk cium, sarapan ketupat terus pegi umah mak aku yang jauhnya sekangkang kera gak. Dah sampai kat pagar luar rumah baru teringat aku lom salam laki aku. Ampunnn ye bang. Kat pagar tu jugak aku salam mintak ampun bagai. hahaha...

 Pagi raya di rumah mertua. Nampak tak laki aku kat cermin tu tengah ambik gambar kitaorang.


 Ni pulak kat rumah mak aku. Ambik gambar ngan adek beradik je sebab mak ayah pegi sembahyang raya tak balik2. So anak2 dia bosan nunggu lelama. Bila diaorang balik kitaorang dah malas nak begambar. Yelah mood ngantuk kot sebab malam raya tu aku tidur lambat. Ade je keje yang tak habis2 kat rumah tu. Lepas tolong mak masak2 petang raya, balik lak rumah mentua malamnya nunggu orang datang takbir kat rumah. Kol 12 mlm baru balik rumah aku. Mandi and sesiapkan anak2 aku, sediakan duit raya, iron baju, kemas sesikit baru aku tido. Pagi lak kena bangun awal. Mane tak longlai je pagi raya tu. Tidur tak cukup. Maklumlah mak2 memang cam tu. Sok2 korang dah kawin ade anak pun same gak cam aku nanti. *panjang lak ceritanya* aduiiaii...baju aku dah same kaler ngan dinding..acaner tu? :))




 Seterusnya pegi rumah nenek ngan saudara mara belah laki aku je. 






Ni dah raya ke tiga. Masih lagi mood nak bertandang rumah makpak sedara. Tu pun yang wajib je lekan. Yang mane kitaorang datang tapi diaorang takde kat rumah, kira forward raya tahun depan jelah ye.
Ampun maaf dipinta...maaf zahir dan batins...ahaks... 

/bye

Wednesday, July 24, 2013

SATAY CELUP & GRILL BUFFET @ CHUCUK-CHUCUK RESTAURANT

Assalamualaikum /hihi

Hai semua. Wahh...bajet cam ramai je baca blog ko kan. Padahal takde sape pun bace :( Hmmphh buang bogheh je. Takpe ai suke je syok sendiri tulis2 and bace2 blog sendiri. :) 
Ok aku bukan nak cerita pasal blog aku ni tapi pasal berbuka semalam di Chucuk-Chucuk Rastaurant di Taman Kota Shahbandar, Melaka.

Sesekali makan hidangan bergrill best gak. Nak2 time bulan puasa ni banyaklah selera yang nak dipenuhi. Dari tekak bapak, mak dan seterusnya anak2. Jadi untuk kelainan, aku sekeluarga ke Chucuk-Chucuk Restaurant berbuka puasa di sana.


Ruang makan yang selesa, bersih dan sedap mata memandang. Kalau tak cukup tempat duduk boleh dok besidai kat tingkat atas tu hah. Mane tau nak bawak makan sebatalion family kan...

 Deretan menu satey cucuk2 ngan grill yang pelbagai...mamamiahh...kecur ailiur aku bila tengok gambar ni.

Daging kambing panggang yang super duper sedap. Aku tak tifu ok. Memang sedaaapppp...toloooonggggg..




Desert...siap ade ABC buat sendiri. Ko buatlah ikut citarasa sendiri. Sesuailah dengan temanya pun...self service kan...


Si abang excited nak merebus menggrill bagai. Ape yang ade sume dia nak bubuh kat dalam periuk tu. Sayur pun nak digrillnye...suke ati kolah nak.

 Habis je makan diaorang ni tak sabar nak kerjakan aiskrim tu. Aiskrim cedok sendiri hokeyy...mau tak ilang akal anak2 aku tu dibuatnya. Tapi perut memasing dah kenyang, so rasa sikit jelah jangan tidak.

Memang tak rugi berbuka puasa kat sini. Harga pun ok berpatutan. Chucuk-Chucuk ade buat promosi gak sempene bulan Ramadhan ni. Untuk maklumat lanjut klik je link kat bawah ni...


Ok /bye

Tuesday, July 16, 2013

SIAKAP STIM POSTPONE!

Assalamualaikum /hihi

Dah puasa ke 7 baru ko muncul entry baru yek! hahaha...dasar si pemalas yang bernama farah beginilah gayenye. Maklumle kan banyak kojelah weh...dari celik mata bersahur sampaile ke malam baru mate ni tetutup balik tido. Lepas tu ulang lagi rutin yang same keesokan harinye. Ai kan super duper woman. 

Semalam petang suami watsap aku siap request nak berbuka ikan siakap stim. Alamak! camano ni? Bukan tak reti tapi ikan siakap mane ade kat dalam ais box aku tu. Mane ade stok. Takkan nak cakap tak boleh. Sian laki den nak makan ikan siakap ye...kang kempunan ade yang lari dalam hutan cari batu belah batu betangkup. "Telanlah aku...makanlah aku...aku kempunan ikan siakap stim" hahaha...

Maka dengan rase penuh kecintaan dan kasih sayang...hamboii kecintaanlah sangat kan...kol 5 lebih balik keje aku rushing ke family store dok cari ikan siakap. Kalau dari rumah aku tu family store je pun supermaket yang paling dekat. Cari punye cari...dapat...seb baik ade. Ambik mushroom dengan salari. Tengok jam dah kol 5.40. Nak ambik si abang pulak balik sekolah agama. Sempat ke tidak ikan aku ni berstim. Cuak dah. Dahle ikan tu tak siang lagi. 2 ekor lak tu aku beli. Yelah takut tak cukup sebab ikan tu saiz sederhana je pun. Sesuailah untuk makan 4 beranak.

On d way ambik si abang balik sekolah agama, suami kate jomlah kita makan mcd. Macam tak sempat masak je ikan awak tu.  Hok aloh...penat je aku rushing2 tadi last2 dia kate makan mcd. Ikan tu boleh postpone masak esok. Hmmmm...ok patik yang menurut perintah tuanku. Ikut jelah.


































Make berbuka mcd 'stim' lah aku anak beranak. Takpe esok masih ade.

Ok /bye


Friday, June 7, 2013

Kami Makan, Kamu Tengok

Assalamualaikum /hihi

Kan dah kate, makan2 ni memang aktiviti feveret keluarga aku. 
Ade rezeki lebih kitaorang selalulah makan same2.
Macam ni...


























Nampak taaak? Takde ruang kosong pun kan atas meja tu. Rakus memasing.
Tak boleh blah muke laki aku. Jakun. *sapepunyelakilahni?*
Kami makan kat Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Pergi mase musim cuti sekolah..oh mak aiii oghang punyelah hazab ramainye. Belaga2 bontot nak jalan, sempit...hahaha

 Antara menu femes kat situ, macam biasa sotong goreng tepung.

 Udang goreng sambal. *silateliur*

 Kicap cili yang dah cair2 skit sebab tuan kedai nak save d bajet kicap sebab orang ramai. 
Verry2 derrr tuan kedai ni tau...hahaha

 Ikan siakap sweet n sour

 Sayur cendawan campur. mmmm...yang ni  tak sedap sangat kot. Macam sayur aku masak kat gumah je. 

 Ketam black pepper. Yang ni memang bapaakk sedapp...

 Ikan siakap bakar biasa...so rasenye mcm ikan bakar kat mane2 kedai jelah kan.
Tapi makan ngan nasi lemak, cicah kicap cili...pergghh...meleleh!

 The three gegirls in Pakcik Kasims family.
Ade penah sekali tu kitaorang pegi mengundi sesama. Jumpa pulak group kengkawan mak aku.
Makcik2 tu dok sume kate adek aku yang tudung oren tu anak sulung... padahal dia anak no. 3...hahaha
Aku ngan adek yang tengah tu mulalah riak sekejap siap belagak cam anak bongsu...hahaha


The boys yang perut dah tahap tepu tapi masih lagi pulun kasi habis. 
Adek aku, laki den ngan laki si adek.

The kiddos...semua cousins lelaki sorang je pompuan anak aku Liya. Dia ikut atuknye pegi Putrajaya time ni so takdelah dia di  dalam ini gambar.
Yang kocik sekali tu Ijat, yang paling besar tu anak aku si abang and tak kecik tak besar tu Aiman. 

Adek bongsu aku Naim...gigih mengokel ketam.

 Tapi gigih lagi yang ini...

Yang ini pun same...

 Makcik Umi ngan Pakcik Kasim makan sopan je. Tak macam anak menantu meroyan time makan...hahaha

Mak aku ni sebenarnya takleh makan seefood banyak sangat. Takut gatal2 katenye...tapi kalau dah depan mate, lupe gatal2 tu kan...


























Haaa kauu...macam spesis piranha makan kat sungai amazon. Tak hengattt. 
Dah makan baru aku teringat nak diet.
Padehal dua bungkus nasi lemak ngan ketam dua ekor, udang berekor ekor aku sebat, baru insaf nak diet...puiii.

Lepas makan dok rilek2 tengok sunset kat muara.
































Dah kenyang mari kita balik dengan hati yang senang dan perot yang mengening...hahaha

Thanks for reading /bye

Monday, June 3, 2013

CUTI vs KAHWIN

Assalamualaikum /hihi

Sempena cuti sekolah ni ramailah yang mengikat ikatan suci dengan perkahwinan. Tak terlayan dengaan jemputan kahwin yang banyak. Kawan kawen, sepupu sepapat kawen, jiran satu taman pun kawen...yang mane satu nak pegi dulu ni? krem kepala ahkak ni...

Kalau nak diikutkan memang aku ni malas nak pegi kenduri2 kawen ni. Bukan ape, dengan panasnye cuaca yang tak menentu sekarang ni...migrain kepala. Semalam sempatlah gak pegi satu wedding ni yang lokasinya adalah jarang dibuat oleh orang melayu kita. 

Meh aku tunjuk gambar, tapi iskit jelah yang aku snap sebabnye panas terik. 
Tak tahan dah bepoloh ahkak ni hah...:)

 Wajib tayang gambar aii dulu...
Nak ke lokasi majlis tu kenalah lalu ikut laluan pejalan kaki yang dikelilingi dengan kehijauan flora. *floralesangat*
Sejuk mate memandang tapi bepoloh gaklah ketiak aku ni dok jalan menapak ke khemahnye tu heh...

Lepas tu pic suami dan anak bujang aku...ni mase lepas makan. Cuci2 mate dengan pemandangan sekeliling.

Berkonsepkan garden wedding. Nampak fresh dan sangat verstyle. 
Pengantin memilih merah dan putih sebagai warna tema. Sangat memberahikan...auwwww!

Simple but nice :)
Aku ni malas nak ke pelamin kat sinun tu. Jauh nak menapak. Snap dari jauh jelah.

Yang comel tulah pengantinnye...muda belia lagi aku rase.
Sebab yang jemput kitaorang ke majlis ni adalah abang kepada pengantin perempuan tu.
So, pengantin tu memang aku tak kenal lanagsung...boleh? hahaha...

Ikhwan yang semakin bit besar dengan maknye...

Tu diaaaa...signboard nak ke rumah pengantin. Kalau ade dua tiga nama pengantin yang same tak ke ko konpius nak ikut yang mane satu? Kang tersilap pegi umah pengantin, selenger je muke makan kenduri salah umah...hahaha

Ape-ape pun selamat pengantin baru kepada pengantin2 di Malaysia yang baru menempuh alam rumah tangga yang sangat mencabar ini.
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin!

Thanks for reading /bye