Thursday, December 20, 2012

Anugerah



Assalamualaikum


Tanpa disedari semakin hari semakin membesar sudah anak2 aku ni, Ikhwan (abang) dan Liya (adek). Macam2 karenahnya diaorang ni. Pe'el memasing tak boleh tahan wooo... Baru 2 anak aku rasa cam dah 5 orang riuhnya yaaa hamat. Terbalik rumah aku tu dek suara riuh rendah diaorang. Fening gaklah nak melayankannye..huh!


Nak membesarkan anak bukan senang hokey... Banyak benda nak difikirkan. Pendidikan, ilmu agama, makan pakai, keperluan dan lain2 termasuklah kesihatan mental dan fizikal meraka. Secara fizikal, medical tu memang penting sama pentingnya dengan kesihatan dalaman diaorang. Moden pun aku pakai dan cara tradisional pun aku amalkan gak. 


Antaranya minuman air mineral semulajadi Anugerah. Pernah dengar? Tak kan..? (tau dah) Ok..aku memang tak pandai nak mempromosikan produk tapi setakat nak cite2 skit2 tu bolehlah. Itu pun base on pengalaman aku. Bila aku dah cuba produk tu baru berani nak buka mulut.  


Banyak khasiat air mineral ni. Air mineral Anugerah ni telah didoakan dengan ayat2 suci Al-Quran. Sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak2 yang sedang membesar macam anak2 aku. 


Ibu mengandung pun boleh minum untuk kesihatan anak di dalam kandungan serta memudahkan proses bersalin, InsyaAllah. Menguatkan daya ingatan anak2 ketika belajar, meredakan penyakit yang sukar dirawat, mengembalikan tenaga badan selepas seharian penat bekerja dan banyak lagi. 






Mudah-mudahan ape yang aku usahakan untuk anak2 ni berhasil. "Ibu sentiasa mendoakan agar Allah memelihara akhlak, kesihatan serta kesejahteraan dan kejayaan anak2 ibu dunia dan akhirat..amin.."


Setiap apa yang kita rancangkan adalah dengan keizinan dari Allah. Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan. Yang penting kena yakin dengan kekuasaan Allah itu dan mukjizat Al-Quran itu sendiri. InsyaAllah :) Kalau nak  beli sila google ye nak beli kat mane. 


Hamboii..ade rase cam ustazah pilihan tak? huhu pitam aku..

Monday, December 10, 2012

Saya Dah Kerja

Assalamualaikum

Tajuk entri bajet cam keje jawatan beso jekan. Tapi tulah..dah lebih kurang 10 bulan aku tak bekerja, dok umah dan dalam erti kata lain housewife sepenuh masa. Sejak aku break of kerja dari tempat lama memang plan taknak keje dah. Hmmm..? entah..serik kot. Tup2 datang tawaran bekerje ni hah. Entah bila aku apply pun aku dah lupa, zaman bila agaknya. Takpelah, maybe tu dah tertulis rezeki aku dan family. Syukur..aku terima dengan seadanya.

Terus terang jelah ek..rasa nak bekerja semula tu datang dengan membuak2 bila aku dah lama sangat dok umah. Huh..panas ko punggung aku ni..berasap hokey. Yelah dah 6 tahun tolong suami cari rezeki tapi bila aku behenti keje, dia sorang2 je yang sara kami anak beranak. Sobs..sobs..(buat2 sedih). Kesian suami saya tu nak pikir tanggung bayar macam2 isi rumah kan. Mana dengan belanja anak lagi, bini nak shopping lagi..hahaha..(sebab utama yang paling kritikal sebenarnya)

Alhamdulillah, Tuhan itu Maha mendengar dan mengasihani. Sedikit sebanyak telah memakbulkan doa aku selama ni untuk sekali lagi berganding bahu sama2 dengan suami membantu ape yang patut. Yelah, i kan sayang suami. Suami je yang buat2 tak perasan (sedih). Takpe..yang penting Tuhan tahu niat aku yang suci lagi murni ini..(kelip2 mata)

Bila dah mula bekerja ni, takdelah lagi sesi bangun tido sampai matahari terbit ye puan2. Kol 7.45 pagi tu dah kena gerak gi kerja  sebab masuk kol 8 pagi. Tempat keje aku tu dekat je ngan rumah. Lebih kurang 10 minit je dah sampai dah. Takde traffic jam langsung, kereta pun tak banyak lalu ikut jalan tu. Aku keje kat sekolah kampung je pun. Tak payah pening2 kepala  nak keluar rumah awal sebab takut jam.

Habis keje kol 5 ptg, 10 minit drive dah sampai rumah. Sampai rumah awal, so boleh buat keje2 rumah awal jugak. Basuh baju, mengemas, menyapu, mandi dan makan malam. Dinner biasanya aku akan masak yang simple2 je. Tak pun mak mentua aku tapaukan lauk pauk, aku masak nasi jelah..(rajin punye menantu)

Sedar tak sedar, masuk hari ni dah 16 hari aku bekerja. Sekejap je rasanya. Walaupun kerja dengan suasana yang amat berbeza dari segi agama, bangsa dan perkaumannya, tapi aku rasa itu lebih baik untuk aku belajar erti kesusahan dalam mencari kesenangan..hamboii..macam selama ni hidup ko susah sangat je kan.. Takdelah, maksud aku biar susah mane pun keje kita tu, rezeki akan lebih berkat jika kita ikhlas melakukannya sepenuh hati. Jauhkan dari hasad dan dengki, benci membenci dan bersangka buruk. Tak baik..dosa tau..:)