Thursday, September 13, 2012

LIYA THE CHICKENPOX GIRL

Assalamualaikum

Masa balik dari sekolah hari tu, si adek cakap kat aku 'badan adek gatal-gatallah ibu, nyamuk gigit, banyak tu, cuba ibu tengok'. Sambil mata aku yang dari tadi melekat dok tengok cerita 'betul ke bohong' kat tv, tangan ni meraba-raba badan dia yang disuspek gatal dek gigitan nyamuk tadi. Konon nak garukanlah. Sekali aku tengok.......adeekkk ni bukan gatal ni. Kalau kena gigit nyamuk mesti merah berbintat je kan. Ni siap ade bebiji putih jernih macam kulit meletop kena minyak panas. Ni chickenpox ni dek. Aduiiaiii....

Dan dan tu gak aku tpon En. Kasim (bapak aku) suruh carikan air kelapa muda. Orang tua-tua kata kalau chickenpox tu baru nak keluar tu elok minum air kelapa muda. Lagi sedap kalau ditambah ais...hahaha.. (itu selera mak dia). Bukan ape nak bagi chickenpox tu keluar habislah katenye. Yelah kot..:)


Esok paginya tu barule aku bawak adek ke klinik. Ini le ghopenye bila dah ditenyehkan dengan ubat sapu yang Dr. bagi tadi. Habis satu badan dia aku catkan jadi kaler putih tompok-tompok gini. Sakit-sakit gini cerewet gak penjagaannya. Tempat tido kena bersih sentiasa, pakaian kena selalu salin-salinkan, tak boleh berpeluh, makan kena pantang. Tak boleh makan benda-benda yang boleh menyebabkan gatal macam seafood, telur, ayam, kicap (takut nanti berparut hitam). Kang tergaru-garu sakan time tido tengah malam boleh jadi bernanah tau. 2, 3 malam jugaklah aku tido dengan dia sebab takut dia menggaru. Sian apaknye pulak tido sengsorang hiks hiks


Disebabkan chickenpox tulah jugak aku terpaksa mencutikan anak aku ni daripada bersekolah...hehehe. Takut-takut berjangkit satu sekolah, kang tutup lak seminggu tadika tu hah, sapo nak jawab? Bila dah becuti panjang tu, ni pulak kerjaannye si budak Liya ni. Tak paham le aku...hmmm lantakklah. 


Sekarang Alhamdulillah Liya dah sembuh dan free daripada chickenpox. Berakhir sudah hazabnya nanggung pantang larang itu dan ini. Adek dah boleh pegi sekolah :)

**SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR KEPADA ANAK-ANAK JIRAN SEBELAH KIRI DAN DEPAN RUMAH AKU. SEMOGA SUCCESS WITH FLYING COLORS. mcm tema blog acik ni...The Colors of Mine hiks hiks..(takde kena mengena langsong!)

Friday, September 7, 2012

MY BFF DATANG BERAYA

Assalamualaikum

Setahun sekali raya datang lagi. Setahun sekali jugaklah aku berjumpa dan bertemu dengan BFF aku masa keje dulu. Suke bangat!! Ida datang dengan anaknya; Harraz. Yani gak datang bawak anaknya; Hazim dan Kak Jie je datang membawa diri sendiri...hahaha (ko bile lagi nak ngendong anak macam diaorang ni kak?) Dah macam taska dah umah aku hah. Riuh dengan suara baby tapi lagi gamat suara mak-mak baby and neneknya (siapakah?) hehehe... 

Disebabkan terlalu tersuka tersangat, aku dengan kerja keras tulang empat kerat membanting tulang (ayat propa) memasak lauk makan lunch untuk diaorang; ikan jenahak masak asam pedas, ikan kerisi goreng, sayur campur, sambal belacan, telur masin, dan tembikai merah (gambar dishes tak sempat nak snap sebab mak budak dah lapau sangat terus membedal je) hehe...


Si Abang suka sangat dok bekepit ngan Harraz anak Ida. Dari awal Ida datang sampai le nak balik asyik nak membelek Si Haraz. Dah berkenan sungguh ngan baby. Hari-hari dok tanya aku bila nak dapat baby. Ko ingat boleh time tu mintak time tu dapat ke bang? Nanti ibu usahakan yek...hiks hiks


Diam tak diam masa bejimba-jimba diaorang dah tamat. Kena masuk sangkar balik kol 2.40 pm (eh betul time tu?..dah terlupa le, sorrylah i dah lama tak dok dalam sangkar...kekeke) so diaorang kena balik opis setelah 1 jam lebih menggamatkan rumah aku. Best sangat dapat jumpa korang hari ni. Tq for coming. Jangan lupe calling-calling ye laling-laling sekelian...jumpa lagi :) muahhhhh...