Tuesday, July 31, 2012

RAMADHAN TIBA LAGI

Rasanya baru je berpuasa tahun lepas dah datang lagi bulan yang mulia ni, bulan Ramadhan... Alhamdulillah syukur Tuhan 'tambahkan' usia aku setakuk lagi untuk tunaikan antara salah satu rukun Islam iaitu Berpuasa...

Dalam bulan yang mulia dan baik inilah aku ambil kesempatan untuk mendidik anak2 aku untuk berpuasa terutamanya si Abang. Pagi ok lagi, tiba waktu petang dah letih lembik longlai ya Tuhan... Sian pulak aku tengok.  Tapi tukan tanggungjawab aku untuk mengasuh dia walaupun kesian nengok dia merengek mintak air sebab kehausan tapi inilah caranya. Lama2 nanti dia ok lah..kan abang!! Tengok iklan KFC kat TV tu pun dah terliur...mana dengan sekolah pagi sekolah ptgnye... sian dia... takpe nanti ibu masak lauk ayam paprik utk abng ok.. :)

Kepada anda di luar sana... Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Jangan mengelat2 ok...