Thursday, December 20, 2012

Anugerah



Assalamualaikum


Tanpa disedari semakin hari semakin membesar sudah anak2 aku ni, Ikhwan (abang) dan Liya (adek). Macam2 karenahnya diaorang ni. Pe'el memasing tak boleh tahan wooo... Baru 2 anak aku rasa cam dah 5 orang riuhnya yaaa hamat. Terbalik rumah aku tu dek suara riuh rendah diaorang. Fening gaklah nak melayankannye..huh!


Nak membesarkan anak bukan senang hokey... Banyak benda nak difikirkan. Pendidikan, ilmu agama, makan pakai, keperluan dan lain2 termasuklah kesihatan mental dan fizikal meraka. Secara fizikal, medical tu memang penting sama pentingnya dengan kesihatan dalaman diaorang. Moden pun aku pakai dan cara tradisional pun aku amalkan gak. 


Antaranya minuman air mineral semulajadi Anugerah. Pernah dengar? Tak kan..? (tau dah) Ok..aku memang tak pandai nak mempromosikan produk tapi setakat nak cite2 skit2 tu bolehlah. Itu pun base on pengalaman aku. Bila aku dah cuba produk tu baru berani nak buka mulut.  


Banyak khasiat air mineral ni. Air mineral Anugerah ni telah didoakan dengan ayat2 suci Al-Quran. Sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak2 yang sedang membesar macam anak2 aku. 


Ibu mengandung pun boleh minum untuk kesihatan anak di dalam kandungan serta memudahkan proses bersalin, InsyaAllah. Menguatkan daya ingatan anak2 ketika belajar, meredakan penyakit yang sukar dirawat, mengembalikan tenaga badan selepas seharian penat bekerja dan banyak lagi. 






Mudah-mudahan ape yang aku usahakan untuk anak2 ni berhasil. "Ibu sentiasa mendoakan agar Allah memelihara akhlak, kesihatan serta kesejahteraan dan kejayaan anak2 ibu dunia dan akhirat..amin.."


Setiap apa yang kita rancangkan adalah dengan keizinan dari Allah. Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan. Yang penting kena yakin dengan kekuasaan Allah itu dan mukjizat Al-Quran itu sendiri. InsyaAllah :) Kalau nak  beli sila google ye nak beli kat mane. 


Hamboii..ade rase cam ustazah pilihan tak? huhu pitam aku..

Monday, December 10, 2012

Saya Dah Kerja

Assalamualaikum

Tajuk entri bajet cam keje jawatan beso jekan. Tapi tulah..dah lebih kurang 10 bulan aku tak bekerja, dok umah dan dalam erti kata lain housewife sepenuh masa. Sejak aku break of kerja dari tempat lama memang plan taknak keje dah. Hmmm..? entah..serik kot. Tup2 datang tawaran bekerje ni hah. Entah bila aku apply pun aku dah lupa, zaman bila agaknya. Takpelah, maybe tu dah tertulis rezeki aku dan family. Syukur..aku terima dengan seadanya.

Terus terang jelah ek..rasa nak bekerja semula tu datang dengan membuak2 bila aku dah lama sangat dok umah. Huh..panas ko punggung aku ni..berasap hokey. Yelah dah 6 tahun tolong suami cari rezeki tapi bila aku behenti keje, dia sorang2 je yang sara kami anak beranak. Sobs..sobs..(buat2 sedih). Kesian suami saya tu nak pikir tanggung bayar macam2 isi rumah kan. Mana dengan belanja anak lagi, bini nak shopping lagi..hahaha..(sebab utama yang paling kritikal sebenarnya)

Alhamdulillah, Tuhan itu Maha mendengar dan mengasihani. Sedikit sebanyak telah memakbulkan doa aku selama ni untuk sekali lagi berganding bahu sama2 dengan suami membantu ape yang patut. Yelah, i kan sayang suami. Suami je yang buat2 tak perasan (sedih). Takpe..yang penting Tuhan tahu niat aku yang suci lagi murni ini..(kelip2 mata)

Bila dah mula bekerja ni, takdelah lagi sesi bangun tido sampai matahari terbit ye puan2. Kol 7.45 pagi tu dah kena gerak gi kerja  sebab masuk kol 8 pagi. Tempat keje aku tu dekat je ngan rumah. Lebih kurang 10 minit je dah sampai dah. Takde traffic jam langsung, kereta pun tak banyak lalu ikut jalan tu. Aku keje kat sekolah kampung je pun. Tak payah pening2 kepala  nak keluar rumah awal sebab takut jam.

Habis keje kol 5 ptg, 10 minit drive dah sampai rumah. Sampai rumah awal, so boleh buat keje2 rumah awal jugak. Basuh baju, mengemas, menyapu, mandi dan makan malam. Dinner biasanya aku akan masak yang simple2 je. Tak pun mak mentua aku tapaukan lauk pauk, aku masak nasi jelah..(rajin punye menantu)

Sedar tak sedar, masuk hari ni dah 16 hari aku bekerja. Sekejap je rasanya. Walaupun kerja dengan suasana yang amat berbeza dari segi agama, bangsa dan perkaumannya, tapi aku rasa itu lebih baik untuk aku belajar erti kesusahan dalam mencari kesenangan..hamboii..macam selama ni hidup ko susah sangat je kan.. Takdelah, maksud aku biar susah mane pun keje kita tu, rezeki akan lebih berkat jika kita ikhlas melakukannya sepenuh hati. Jauhkan dari hasad dan dengki, benci membenci dan bersangka buruk. Tak baik..dosa tau..:)
  

Wednesday, November 7, 2012

VIVO AMERICAN PIZZA & PANINI

Assalamualaikum

Mmmm..agak tak tau nak cerita pasal ape ek. Jumaat lepas line celcom yang aku guna takde coverage. Uii payah gak rase hidup tanpa line telepon ni. Mati akal dibuatnya. Jadi macam zaman dulu kala..diam je takleh nak berkomunikasi. Padahal boleh je guna broadband kalau nak berintenet kan. Tapi kalau guna intenet kat lappy takleh nak baring2..hihihi..memang dasar mengada2..

Aku suspek takde coverage tu maybe sebab hujan lebat. Hujan yang dipersalahkan..hihihi..(macam astro pulak bila hujan lebat je hilang gambo takde siaran..hampeh..uppsss selingan ye..) Aku agak esok lusa oklah tu..aku buat cam biasa jelah. Sampai esoknya line takde gak lagi. Ishh takleh jadi ni. Kena pegi jugak ke Blue Cube, AEON Bandaraya, Melaka.

Kalau dah kat tempat shopping2 tu, aku memang cergas je sentiasa. Dan yang paling aku dan hubby suke, lepak2, makan2, minum2..mana tak gemmss n tembss laki bini *_*
Kita singgah kat cafe nama omputeh ni VIVO AMERICAN PIZZA & PANINI


Haaa tudia..orang diet punyer makan. (chicken spaghetti+tiramisu cake+mocha latte) Laki aku hari2 diet tapi berazam diet selepas makan. Takde maknenye pokcik *x* 


Burger with meetball. Aku n liya share makan yang ni. Memang sedap tapi busarrrnya..mane boleh habis aku sorang yang makan. Liya makan sikit je. 


Hot chocolate n mocha latte..sodap!!


Dah macam fear factor. Kena paksa makan kasi habis itu burger. Nama vivo american pizza, mane pizzanye? Memanglah tak ade sebab aku tak oder..hihihi..rase nak makan benda lain so aku oderlah menu tadi tu. 

Lepas makan, perut dah kenyang, line tpon aku pun dah ok, jom kita balik.
Tujelah cite aku kat cafe mat saleh ni. Kbye *_*

Friday, November 2, 2012

Aktiviti Dikala Hujan

Assalamualaikum

Hmmm..lately ni hari2 hujan. Asal petang je hujan, asal hujan je petang..>_<.. Bagus gak, takle panas membahang sampai ke malam, rimas.

Bila hujan perut mesti le lapau..bila lapau akule yang kena masak untuk diaorang ni kan..order je..(dah macam makcik kanten sekolah je aku ni heh..) makanya dengan mood separuh rajin ini, aku menggorenglah hashbrown bersama oblong ayam yang bersoskan black paper dan thousand island (sila teliur ye..hihihi)

Tengah sibuk aku kat dapur, dengar macam suara budak2 memain kat luar. Memain hape ko hujan2 petus ni kan..(bahasa arwah nenek aku dulu). Kang disambar dek petir ke, licin tejatuh ke..heiii budak2 ni..

Dalam pada tu nak gak aku tengok ape yang kecoh sangat kat luar tu..huwaaa..sekali ade pesta main hujan ala2 oppa gangnam style yang diketuai oleh si abang..pfffttt..

Dah takleh nak cakap ape dah. Nak marah, dia dah terkinja2 melompat dalam lopak air tu cam katak puru yang seminggu tak jumpa hujan..adoiiaiii..gasak ko bang..


Bila aku marah, dia dok sengeh2 pandang aku dalam ujan tu..seronotnye diaaa..
horey! horey! kemain suke..nanti kauu..


Anak jiran sebelah pun same join d club. Mane tak sakannye diaorang bergumbira, hujan memang lebat, mencurah2..hamboi hamboiii..berjimba2 diaorang..
Aku rasa cam nak join gak pun ade tapi malu..hahaha.. Kang ape pulak jiran aku kate. Buang tebiat ke hape si tua bangka ni main ujan..dah tak payah..


Bila aku membebel, laki aku kate biar jelah budak2 tu. Bila lagi nak rasa pengalaman mandi main ujan bagai. Dulu ko kecik2 pun pantang je kan..ngelitik nampak air..>_<.. (itu duluu kireeenn..hihihi)

Aku dulu lagi dassyatt perangainye. Ngan si farahliza, same naik je kami. 
Balik sekolah agama kalau hujan lebat pekej ngan petir kilat sekali, kitaorang takde de nak tunggu reda, mesti nak redah gak hujan tu. Geramm je tengok..
Cikgu tak bagi balik dulu tapi aku cakap nanti mak marah kalau balik lambat. Alasan yang agak jitu dan bernas ye adek2 (sila jangan tiru) nak mandi hujan punyer pasal kann..hihihi 


Anak dara aku tu memula usha2 line je dulu nak join ke tak nak, malu2 je nak terjerumus same ngan bang dia. Takut kena marah ngan maknye ye jugak tu..(mak dia kan singa jadian)
Bila bapaknye bagi green light, terus je lompat ke lopak air tu join same ngan abang dia sambil mata dok jeling kat aku..pffttt.. 


Geng si abang. Peace yusri..peace ke tu?. Bolehlah..>_<


Hujan dah reda, hari pun nak maghrib, laki aku siramkan ngan air paip buat bilas. 
Tu pun suke gak mengekek-ngekek ketawa gelaknye..bapaknye tukang melayankan. Dah nama pun budak2..memain je kojenye..


Sebelum tu, ni keje laki mak ye. Cuci semua aircond dan kipas yang ade. Nak kurus kan? (tetiba)

Monday, October 29, 2012

Alhamdulillah...rezeki anak-anak :)

Assalamualaikum

Last week, boring dok rumah aku ajak hubby shopping kasut kerja dia. Bukan dia takde kasut tapi saje nak belikan. Ada masa aku ni murah hati tapi biasanya akulah manusia paling kedekkss..hehe..
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..takmo..takmo..

Dengan pantasnya anak beranak ini ke AEON Bandaraya Melaka malam tu. Mentang-mentang ade orang nak belanja kan..laju je laki aku tu bawak keta. 


Nilah yang dikatakan rezeki anak-anak. Mana tahan tengok bapaknye aje yang berkasut baru, diaorang pun sebok memilih sama nak gak wedges and sandal baru. Hmmm..yelah takpelah pilihlah nak..mak redha. Dah semua tayang kasut baru memasing, takkan aku dok melopong nengok je kan..terpaksalah beli gak untuk diri sendiri..hihihi..


Penat jalan-jalan shopping, kita rehat makan and minum pulak kat restoran SeeU Steamboat. Malas nak keluar, sekalilah makan kat dalam AEON tu, senang takyah nak pikir-pikir lagi. Lagipun aku tak pernah masuk restoran tu. Biasanya aku kalau nak makan steamboat pegi kat Johnny je or kedai makanan thai kat luar tu. Tak rugi mencuba yang baru kan..


Ni aku order seefood set. Macam-macam rupe ade. Pink bear tu sebenarnya isi ikan. Dibuatnye gitu untuk tarikan anak-anak makan ikan. Idea yang bagus. Aku suka kupang dia..mmm..memang sedap..besar-besar lak tu..dah mendidih kuahnya masukle dalam mangkuk, makan lak ngan sambal cilinya..yaa ampun..mak mentua lalu pun compom tak perasan..sedapnya tak terkata..


Si adek, konon-kononnya dialah yang masak sup tu. Siap nak serve kan aku tu. Yelah..time kekecik gini memangle rajin, dah besar besok..bertempek..


Dulu abang memang tak suka makan dish yang berasaskan seafood. Lauk dia hari-hari telor goreng ngan sambal je. Sekarang dah ok skit. Tekak dia dah boleh terima makan makanan tu. Maklumlah..dah besar kan..


Aku saje je suruh hubby snap banyak kali dengan harapan dapatlah pose angle pipi yang paling kecik. Tapi nampak gak tembamnya..ape nak buat. Takpe..takpe..akan kuikhtiarkan ye nanti..

Thanks for reading :)

Wednesday, October 10, 2012

ADEK IPARKU KAHWIN (PART II) - AT PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA

Assalamualaikum

Haaa..seperti yang aku janjikan, majlis resepsi persandingan adek ipar aku telah diadakan pada 
29 September 2012 bertempat di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya. Nak tahu hebat ke tak, jom kita saksikan..(macam host NONA pulak..jangan jeless ye..heehee..)

Rombongan pengantin lelaki mengambil tempat sementara tunggu pengantin diarak masuk. Macam biasa aku setable ngan ahli family yang lain (Liza n Olin)

Mak ngan ayah kena dok kat area lain bersama2 dengan tetamu VVIP. Pihak pengantin perempuan telah sediakan barisan kerusi khas berhadapan dengan pelamin yang super cantek dan indah iteww..untuk acara menepung tawar si pengantin nanti. So diaorang kena get ready for that.

Adek beradik, ipar duai, anak buah belah my pak mentua (Chinese) pun ade sekali. Sangat meriah. Diaorang sangat teruja tengok dewan nan indah itu dihias bagai istana. Hmmmm bukan kate diaorang aku pun menjakun same dok tengok wedding yang camgini punya hebat..heehee..

Kitaorang apa lagi, memulakan tugasan memasing dengan pantasnya..chatting2, tangging2, possing2..ken..baju kurung moden ala2 saloma yang aku pakai tu adalah sama dengan adek2 iparku ye. Diaorang beriya beno nak pakai sedondon. Nasib baik adek ipar pompuan 2 je, kalau 5 tak ke dah macam kendarat..heehee..

Pengantin sampai daahh..comelkan? Sweeeet sangat..:)

Bagai pinang dibelah-belah..eh eh apakah? (merepek)

Bertemakan lagu 'Sedetik Lebih' dendangan abang Anuar Zain..wahh..terus terpanggil abang kan..muahaha..pengantin melangkah naik ke atas singgahsana pelaminannya (ayat bangsawan kooo..)

Acara menepung tawar oleh parents dan wakil keluarga pihak lelaki. Ni first time tau pak mentua ai tu menepung tawar pengantin. Masa aku ngan Olin kawen dulu, takdenye dia nak menepung apatah lagi nak menawar..hahaha (mmmaaf ye ayah..gurau2 je)

Acara memotong kek.
Baguss..baguss..sedap keknya (Hanis kata)
Takdelah..aku memain je. 

Lepas tu pengantin beransur ke meja makan bersama VVIP dan mereka2 yang menepung tawar tadi. Yang peliknya tu..acaner laki aku boleh ade kat atas tu? Kemain lagi dia.

Last sekali acara wajib..bergambarlah ape lagi. Sebatalion rombongan pengantin lelaki datang. Gamat..ape2 pun ianya sangat best and happening. 

Majlis perkahwinan belah pengantin lelaki di Melaka akan menyusul nanti ye..sila sabar :)

Tuesday, October 9, 2012

ADEK IPARKU KAHWIN (PART I) - AT PUTRAJAYA

Assalamualaikum

2 minggu lepas, adek ipar aku si Azmil dah bernikah. Tak sangka akak ko dah berumah dan tangga Mil..sobs..sobs..Tu yang sibuk sampai tak berupdate blog aku ni (alasan kan??). 28 September 2012 adalah tarikh keramat ikatan pernikahan Azmil  dan Hanis. Yeah! Welcome to the club Hanis. Bertambah lagi satu ahli persatuan menantu2 En. Shamsuri (FIL) dan Pn. Maimon (MIL) heee... Moh le kita nengok gambo...

Adek ipar aku nih memula buat2 rilek jekan. Menonong je jalan sesorang. Padahal dalam hati dup dap dup dap jantung nak gugur...

Berposing dan menggediks itu adalah sinonim dengan kami. Maafkan jelah yek. Dari kiri tu, Liza (adek ipar), yang tengah tu akulah yang comel itu.. muahahaha.. dan Olin (adek ipar lagik). Untuk majlis pernikahan ni kami tak pakai baju ikut warna tema pengantin tapi ikut suka hatik nak pakai baju hape kan.

Di perkarangan rumah pengantin perempuan di Presint 9, Putrajaya.

Azmil & Hanis :)

Majlis akad nikah dan lafaz taklik. Teruja sambil melopong mulut tengok pelamin pengantin tu. Meletop ko. Cantekss sangat. 
Mereka sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz nikah sahaja. Caya lu Mil..

Acara batal air sembahyang dengan sebentuk cincin platinum bertakhtakan berlian. Mmmm... curlasss kan.

Lepas tu pakaikan rantai tangan emas pulak. Rantai tangan emas tu adalah maskahwinnya. Mengelipp u..

Sebentuk cincin platinum dari isteri untuk suami tercinta.. wahhh gitewwww.. i lap u.. u lap me.. ahaks..

Ampunkan saya bang... hahaha (mintak mahap tak memasal, giler ke ape ko ni farah)

Dah boleh kiss kiss muahh muahh

Bergambar kenangan dengan barisan neneks pengantin. Pak n mak mentua jangan dilupa yek. Mak sedara sepupu sepapat. *Promote skit; hantaran kaler purple tu haakaak yang buat ye sila ambil perhatian.. muahahaha (syok sendiri ko kan..kan..)

Orang kuat di belakang tabir, Pak Andak, Hubbyku n sepupunya Fezal. Belawan ngan abang man ko tu pipi sape paling gebuss bulat..

Sebelum berangkat pulang sempat poss poss manje sambil nunggukan 'En. Besans' tu berbual.

Same naik. Comei gak laki mak ni eh.. (sambil kembangkan hidung) ngehngeh.. jgn ko nak perasan yek. Orang lain yang menikah ko laki bini  menggedik bergambo semesra alam.. daahh sudahh!

*Cerita majlis risepsi belah pengantin pompuannye aku upload nenanti yek. 

Thursday, September 13, 2012

LIYA THE CHICKENPOX GIRL

Assalamualaikum

Masa balik dari sekolah hari tu, si adek cakap kat aku 'badan adek gatal-gatallah ibu, nyamuk gigit, banyak tu, cuba ibu tengok'. Sambil mata aku yang dari tadi melekat dok tengok cerita 'betul ke bohong' kat tv, tangan ni meraba-raba badan dia yang disuspek gatal dek gigitan nyamuk tadi. Konon nak garukanlah. Sekali aku tengok.......adeekkk ni bukan gatal ni. Kalau kena gigit nyamuk mesti merah berbintat je kan. Ni siap ade bebiji putih jernih macam kulit meletop kena minyak panas. Ni chickenpox ni dek. Aduiiaiii....

Dan dan tu gak aku tpon En. Kasim (bapak aku) suruh carikan air kelapa muda. Orang tua-tua kata kalau chickenpox tu baru nak keluar tu elok minum air kelapa muda. Lagi sedap kalau ditambah ais...hahaha.. (itu selera mak dia). Bukan ape nak bagi chickenpox tu keluar habislah katenye. Yelah kot..:)


Esok paginya tu barule aku bawak adek ke klinik. Ini le ghopenye bila dah ditenyehkan dengan ubat sapu yang Dr. bagi tadi. Habis satu badan dia aku catkan jadi kaler putih tompok-tompok gini. Sakit-sakit gini cerewet gak penjagaannya. Tempat tido kena bersih sentiasa, pakaian kena selalu salin-salinkan, tak boleh berpeluh, makan kena pantang. Tak boleh makan benda-benda yang boleh menyebabkan gatal macam seafood, telur, ayam, kicap (takut nanti berparut hitam). Kang tergaru-garu sakan time tido tengah malam boleh jadi bernanah tau. 2, 3 malam jugaklah aku tido dengan dia sebab takut dia menggaru. Sian apaknye pulak tido sengsorang hiks hiks


Disebabkan chickenpox tulah jugak aku terpaksa mencutikan anak aku ni daripada bersekolah...hehehe. Takut-takut berjangkit satu sekolah, kang tutup lak seminggu tadika tu hah, sapo nak jawab? Bila dah becuti panjang tu, ni pulak kerjaannye si budak Liya ni. Tak paham le aku...hmmm lantakklah. 


Sekarang Alhamdulillah Liya dah sembuh dan free daripada chickenpox. Berakhir sudah hazabnya nanggung pantang larang itu dan ini. Adek dah boleh pegi sekolah :)

**SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR KEPADA ANAK-ANAK JIRAN SEBELAH KIRI DAN DEPAN RUMAH AKU. SEMOGA SUCCESS WITH FLYING COLORS. mcm tema blog acik ni...The Colors of Mine hiks hiks..(takde kena mengena langsong!)

Friday, September 7, 2012

MY BFF DATANG BERAYA

Assalamualaikum

Setahun sekali raya datang lagi. Setahun sekali jugaklah aku berjumpa dan bertemu dengan BFF aku masa keje dulu. Suke bangat!! Ida datang dengan anaknya; Harraz. Yani gak datang bawak anaknya; Hazim dan Kak Jie je datang membawa diri sendiri...hahaha (ko bile lagi nak ngendong anak macam diaorang ni kak?) Dah macam taska dah umah aku hah. Riuh dengan suara baby tapi lagi gamat suara mak-mak baby and neneknya (siapakah?) hehehe... 

Disebabkan terlalu tersuka tersangat, aku dengan kerja keras tulang empat kerat membanting tulang (ayat propa) memasak lauk makan lunch untuk diaorang; ikan jenahak masak asam pedas, ikan kerisi goreng, sayur campur, sambal belacan, telur masin, dan tembikai merah (gambar dishes tak sempat nak snap sebab mak budak dah lapau sangat terus membedal je) hehe...


Si Abang suka sangat dok bekepit ngan Harraz anak Ida. Dari awal Ida datang sampai le nak balik asyik nak membelek Si Haraz. Dah berkenan sungguh ngan baby. Hari-hari dok tanya aku bila nak dapat baby. Ko ingat boleh time tu mintak time tu dapat ke bang? Nanti ibu usahakan yek...hiks hiks


Diam tak diam masa bejimba-jimba diaorang dah tamat. Kena masuk sangkar balik kol 2.40 pm (eh betul time tu?..dah terlupa le, sorrylah i dah lama tak dok dalam sangkar...kekeke) so diaorang kena balik opis setelah 1 jam lebih menggamatkan rumah aku. Best sangat dapat jumpa korang hari ni. Tq for coming. Jangan lupe calling-calling ye laling-laling sekelian...jumpa lagi :) muahhhhh...

Sunday, August 5, 2012

SHOPPING PRE RAYA!!


Raya, raya, raya... heii haii... kalau tak  menyopping tak sah time2 nak raya ni kan?... so oleh kerana itu terpaksalah aku memokaikan laki aku untuk beli benda ni... ngehngeh!! cube teka, cube teka apa dia?


Tadaaa... Sembonia Sling Bag... merah gituh!!
Terbelek2 bendaalah tu kat Sembonia. Si Hubby tanya awak nak ke? aku pun dengan sepantas kilat menjawab, nak!!! huahuahua... Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak kannn?...:) 
(ape ko buat tu dek? Gaya cam rama2 nak belajar terbang je)


Makanya dengan rasminya Sembonia Sling Bag ni menjadi milik aku... yey!! I love u so muchlah hubby... masa mendapat, love u lah, miss u lah... cuba klu tak dapat? (sayang jgk... hehehe)


Aku ni jenis yang simple... tak kiralah mahal or murah semua aku boleh pakai... janji ok di mata aku n tak over.


Si Hubby pun tak nak lepas peluang hok sama sebok membelek baju. Cerewet gak laki mak ni. Ngalahkan pompuan... tu tak cantek, ni tak matching... mcm2lah... ikutkan jelah.
Nasib baik persiapan untuk anak2 aku dah bereskan. Semua dah lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki... raya sakanlah korang. Time raye ni anak2lah yang  suke sgt, mcm2 dapat.. korang order jekan!!

Shopping2 gak, jgn sampai membazir udahle yek... selamat bershopping :)