Monday, December 26, 2011

HAPPY 'BESDAY' AYAH :)

SELAMAT HARI JADI untuk ayah pada tanggal 26 Disember. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Amin...

Sempatlah kami adik-beradik celebrate besday ayah pada malam sebelumnya...enjoy...

Penaja bersama Pn. Farahliza n d' group..tq!!

Itulah ayah n mak saya...hehe..cucu2nya panggil Tok Cem dan Nek Umi

Ikan siakap sweet n sour..nyam2

En Azman dengan En Khairul tengah sebok membahagikan 'harta'...x toleh kiri kanan tu...

Itulah aje majlis keluarga yang diraikan di penghujung tahun 2011 ni...pembuka tirai tahun 2012 akan dimulakan dengan sambutan hari jadi.... toooooooot...tungguuuu...

Ok daa..:)

Thursday, November 24, 2011

'SURI RUMAH' TO BE!!!

Assalamualaikum...


Suri rumah, housewife???..... mmmm.... kalau zaman sekarang ni tak berapa glamer kalau orang tanya ko keje ape? Jawapannya "SURI RUMAH"....... aku ok je!!! Sebab ape aku ok? sebab aku pun akan jadi salah seorang "SURI RUMAH" tu..... ape ade hal??

Kalau dah jadi suri rumah sepenuh masa tu tak bermakna aku tak bekerja hokay? Buat segala kerja rumah yang segala mak nenek tu...... ambik dan hantar anak pegi balik sekolah, memasak, mengemas rumah, urusan laundry lagik dan dalam masa yang sama aku menguruskan 'bisness' kecik aku ni...TLD!!! remember.....   remember!? :) hehehe....

Buat masa sekarang aku lebih prefer bekerja di rumah berbanding keje di opis yang serabutkan kepala aku ni.... yang penting aku happy dengan ape yang aku lakukan..... takde sape nak marah2, nak mengarah hitu hini, menghadap kerenah perangai manusia yg mcm2, no due date kerja dan paling penting aku berkorban utk tukar 'kerjaya' ni adalah kerana keluargaku tercinta..... biar anak2 membesar di depan mata aku.... masa diaorang membesar hanya sekali..... inilah peluang dan masanya untuk aku tumpukan perhatian bersama ngan anak2 & hubby sepenuh masa!!

Ape yang penting sokongan pembaca blog farahdzila.blogspot.com   dan kawan2 amat diharapkan..... terus dan terus menyokong aku dalam ape jua aktiviti yang dilakukan...semoga kita berjaya bersama:) 

Ok...... itu aje untuk hari ini..... thanks for reading....babye:)

Monday, November 21, 2011

BUSINESS IS BUSINESS :)

Assalamualaikum...


Lately aku ni buang tebiat agaknye nak cube buat bende baru la konon kan iaitu 'berbisness'. Bunyi mcm projek juta2 kooo...Nak tau ape yang aku bisnesskan, KOLEKSI BAJU KURUNG PAHANG!! Memang aku ni suke pada kostum yang cantek2 tapi xdelah  fashionable sgt pun n nak memandai lak kan. Just nak share ape yang aku minat dan suke je. Untuk itu, aku cuba dapatkan koleksi baju kurung yang agak menarik, berkualiti dan yang paling penting harganya berpatutan. InsyaAllah :)

Ucapan ribuan terima kasih kepada yang melawati blog ni bagi tujuan 'cuci2 mata', tak sengaja terlawat atau yang disengajakan dan yang berminat untuk membeli secara online koleksi baju kurung di TLD (The Lovely Doves) *____*. Banyak lagi koleksi baju kurung yang menarik akan kutepekkan gambarnye di blog aku nih. Jadi dapatkannya di TLD. Cekidaut!! :)

Thursday, November 17, 2011

CAKAP BERLEBIHAN

Assalamualaikum...

Dulu aku pernah cerita pasal KETAWA BERLEBIHAN dan kali ni aku nak kaitkan dengan CAKAP BERLEBIHAN...memang semua orang tak boleh nak tutup mulut untuk bercakap...maklumlah bak kata pepatah MULUT TEMPAYAN BOLEH DITUTUP, takkan mulut orang ko nak tutup...mau kena pelempang...hehe...banyak ketegori sebenarnya percakapan kita ni...yang elok, yang tak elok, cakap pendek, cakap panjang dan so on seangkatan dengannya...

Menurut kata orang bijak pandai...
"Dengan banyak bercakap, terutama tentang perkara yang tidak bermanfaat atau dengan tujuan hendak menonjolkan diri, besar kemungkinan seseorang itu akan terlajak kata sehingga terkeluar  kata-kata yang dilarang dalam agama seperti mencaci, mengeji, mengumpat, menuduh, memfitnah atau sebagainya yang boleh menghina dan menyakiti hati orang lain.  
Mengeluarkan kata-kata yang dilarang dalam agama sudah jelas merupakan perbuatan mengingkari larangan Allah Taala dan suruhan-Nya agar memelihara lidah sebaik-baiknya.
Orang yang terlibat dengan kemungkaran yang demikian, ternyata telah terheret kepada melakukan kemungkaran yang lain, iaitu mencetuskan api permusuhan dan perpecahan di kalangan masyarakat, di samping melakukan pembaziran masa.
Kesemuanya itu ternyata merupakan perbuatan menempah dosa untuk dirinya sendiri dan besar kemungkinan akan membabitkan orang lain juga."
Oleh itu beringat-ingatlah sikit wahai manusia sekalian dan kepada diriku juga...bahawa takde faedahnya cakap-cakap kosong ni...buang bogheh je...dapat dosa lagi ade...dok kutuk orang sana-sini...mengumpat, mengeji, ketawa mengilai-ngilai sampai terbelahak nak keluar anak tekak...ingat bagus sangat ke tuh? haiiiiii....dunia...dunia....

Renung-renungkan....:) bye...

Wednesday, November 16, 2011

CONVO CEREMONY:)

Assalamualaikum....

Hi everyone....nih..nak cite skit pasal hari konvokesyen anak aku...wah...dah grade dah si abang...hehe..dan maknanya si abang dah tamat sekolah tadika...next year dah masuk Tahun 1...tak sangka cepat betul anak aku membesar...dan paling tak sangka aku ni dah tua ghupenye...:)

Inilah barisan kengkawan yang sama batch ngan Ikhwan...mcm2 post


Ada banyak aktiviti utk kekanak ni...antaranya SUKANEKA
Dlm bebanyak gang si abang ni...semuanya kekenit..anak aku paling beso..
lagak cam ketua MPP

Kita berehat sebentar ye...apa daa cikgu lambat beno..

Acara bermula dengan bawa rubber band guna straw...kacang je kan bang:)

Ni pasangan yang menyambut getah tu utk dimasukkan ke dlm mangkuk yg disediakan..
group siapa yg paling banyak collect rubber band tu dikira pemenang..
kemain fokus ko ye bang...bebaik kang tercocok hidung lak...

Lepas tu lak acara pilih kacang...hah dah mcm rewang org kawin...

Fokus ok..jangan kacau

Acara utk ibu2 pun ade...anyam ketupat guna ribbon...manelah aku gheti...
kalau aku masuk sure aku kalah...so..dok tepi jelah yek

Ade gak aktiviti utk si bapaknye...dgn hati yang tak berapa nak rela En. Azman
 kupaksa tutup mata utk acara seterusnya iaitu...skroll lg bawah....

Acara mencari anak sendiri....hahaha....aku rasa anak paling senang nak cam..
sebab dialah yg paling besar kat sekolah...advantage utk si babah...good job!!

Tunggu giliran nak ambik skroll...gituh!

Sempoikan konvo pakai sandle jek...
sengeh je si abang sepanjang2 jln tu haa...

Bersama Pengetua yang sentiasa nak tdo...haha..
ampun  ye Pn. Pengetua...:)

Ni best friend si abang paling kamcing...Haikal anak Kak Zack...
Mak si Haikal ni kawan aku sekolah menengah dulu...

Together with my MIL n Liya

And lastly...CONGRATULATION TO ANAK IBU...moga kejayaan kecil ni akan dibawa
hingga ke  peringkat yang lebih tinggi...love u..muahhh!!

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Assalamualaikum...

Hi semua...saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Haji...semoga kita semua mendapat kerahmatan daripadaNya sempena di hari yang mulia ini...

Bersama meningkatkan kualiti ibadah dengan memenuhi segala perintah dan suruhanNya...dengan berbekalkan amalan yang sempurna semoga kita dilindungi dan diberkati...amin...:) 

Thursday, November 3, 2011

KETAWA BERLEBIHAN

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita pasal ketawa...memang nampak simple tapi ianya agak mudharat jika berlebihan...

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam menghadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Takutkan bila dapat tau keburukan ketawa berlebihan ni...mudah-mudahan Allah pelihara segala apa yang kita lakukan...sama-sama kita ingat mengingati termasuklah diri aku sendiri...amin!

Sekian...:)

Wednesday, November 2, 2011

APA YANG KURASA?

Assalamualaikum...

Entry kali ni macam nak cerita pasal motivasi sikit...wahh...macam kaunselor...bukan berat sangat pun topiknye...tapi amat bermakna bagi aku...

'ERTI SEBUAH PERSAHABATAN'...memang betul ade yang mengatakan 'MEMPUNYAI SATU SAHABAT SEJATI ADALAH LEBIH BERHARGA DARIPADA SERIBU TEMAN YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI'...bak kata pepatah 'kawan ketawa senang dicari, kawan menangis tak siapa yang sudi'.. :(

Menjalinkan persahabatan tu adalah mudah tapi untuk menjaga keharmonian dan keutuhan persahabatan secara berterusan amat payah...memang aku tak nafikan sebahagian daripada hidup aku ni adalah terdiri daripada sahabat/kawan/rakan or whatever yang sama erti dengannya...merealisasikan punya sahabat yang sangat sempurna adalah mustahil bagi aku...sebab 'musuh' yang terdekat adalah orang yang paling rapat dengan kita iaitu sahabat...percaya atau tidak itu terpulang pada masing2 empunya diri...tapi itulah hakikatnya:(...Sahabat adalah racun namun sahabat juga adalah penawarnya...renung-renungkan...

Tuesday, October 11, 2011

D' LANGKAWI

hai...Assalamualaikum...


Lama dah tak jengah blog aku yg agak-agak cam nak bersawang dah ni...takde masa...bz bebeno...ni pun aku curi-curi mengupdate blog time waktu keje...bukan susah sgt pun sebenarnye...


sedih tak kalau aku ckp aku tak penah g Langkawi selama hayat aku ni..sian kan?  :(..dengan rasa kesian tulah hubby telah membawa aku sekeluarga ke Pulau Langkawi...yeeehh...kalau anak-anak yang tekinja-kinja suke tu kira lumrahle kan?..ni mak dia yg suke telebih...hehehe...suka sgt kooo...

Dapat gak aku pijakkan kaki ke Dataran Lang tu
walaupun helang tu tgh direnovate

Sweet memories with my hubby...:)

Kat pantai Cenang



ni masa nak ke Tasek Dayang Bunting
anak-anak aku suke first time naik bot laju...
lepas tu siap suruh babah diaorg beli satu bot camtu...
hamboi..korang nak naik kat mane bot tu nak oii??



pemandangan sepanjang perjalanan bot ke 
Tasek Dayang Bunting tu memang sgt cantik...
rase cam taknak balik:))

Banyak lagi gambar nak upload..tapi rasenye cukup kot...lain kalile ye..anyway tq to my hubby dengan tajaan percutian hebat ni..sgt best!! muahh..muahh..:)

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI KAMI SEKELUARGA



Sunday, August 14, 2011

Jalan-jalan ke I-CITY















Sempatlah aku dan hubby bawak anak-anak ke I-City Shah Alam. Tak pernah pegi pun sebelum ni tp cuma dgr cite dari kekawan je yg tempat tu best..best utk kanak2 jelah kot..(aku rase mak bapak pun same terkinja2 cam anaknye..hehehe)..

Thursday, August 11, 2011

Migrain=MC

Start dari malam tadi kepala aku ni tak boleh nak berfungsi sepenuhnya...sakit sgt. Bangun sahur pun sekadar panaskan lauk untuk hubby lepas tu aku tido balik. Migrain aku dtg tetibenye..stress kot! Tu yang MC hari ni..kebetulan daughter aku tu pun demam gak..sesamelah kite ke klinik ye nak...sian Liya demam+selsema+sakit telinga (terkena jangkitan Dr. kate) sebab 'khazanah' yg kat dlm telinga dia tu dah lama tak boleh kluar. Bukan tak dibersihkan tapi memang degil taknak keluar..walaupun dah titiskan cecair ear wax tu. 

Bila petang, si ibu dan anak ni dah ok skit. Shhhh..hari ni aku tak boleh berpuase sebab nak kena mkn ubat...Alhamdulillah..mudah-mudahan semua akan ok terutama Liya...kalau dah sihat, esok dah boleh ke sekolah..:)

Wednesday, August 10, 2011

Apa khabar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama beno aku tak mengupdate blog aku yang dah semakin bersawang ni. Berhabuk! Maklumle busy ngan keje. Tetibe je rase rindu nak menaip something kat sini. Masih belum terlambat kalau aku nak ucapkan Selamat Berpose kat kawan-kawan dan umat Islam yang menunaikan kewajipan ibadah berpuasa.